fbpx

Ibadah Korban HALUAN Bersama Masyarakat Malaysia

Ibadah Korban HALUAN Bersama Masyarakat Malaysia

Ibadah Korban HALUAN Bersama Masyarakat Malaysia

Ibadah korban adalah lanskap cinta dan pengorbanan hamba kepada Al Khaliq. HALUAN Malaysia untuk kesekian kali terus bersama masyarakat Malaysia melaksanakan ibadah korban.

Seperti tahun-tahun yang lalu, pelbagai lokasi dipilih sesuai dengan keperluan dan permintaan rakyat Malaysia. Tautan ukhuwah adalah rasa tanpa batasan. Selain memenuhi tuntutan ibadah, di situ jugalah rasa kebersamaan dan bersama-sama berkongsi daging korban mercup di sana-sini.

Tersimpan hikmah dalam ibadah korban. Sepanjang penglibatan HALUAN Malaysia bersama masyarakat di tanah air tercinta ini, terserlah bahawa di kalangan masyarakat ada hubungan yang indah dan terpelihara atas nama ukhuwah. Di kesempatan itu HALUAN Malaysia melihat bahawa Aidiladha benar-benar mendidik masyarakat seluruhnya.

Program ibadah korban HALUAN Malaysia tahun ini ada berdekatan tempat anda. Peluang untuk menjadi Relawan HALUAN Malaysia juga dibuka di pusat-pusat ibadah korban, ambillah peluang ini untuk bersama HALUAN Malaysia.

Senarai lokasi program ibadah korban HALUAN Malaysia:

Negeri Tarikh Lokasi Jumlah
Kedah 27/10 Sekolah Agama at-Toyyibah 7 ekor lembu
27/10 Kedah 4 ekor lembu
Pahang 26/10 Kuantan & Temerloh 7 ekor lembu, 4 kerbau
Perak 27/10 Surau Paya lintah 1 ekor lembu
28/10 Tapak Sek Ihsan, Kg Kepayang Ipoh 2 ekor kerbau
Johor 26/10 Simpang Renggam 3 ekor lembu
26/10 Segamat 1 ekor lembu
27/10 Ulu Tiram 2 ekor lembu
27/10 Pasir Gudang 1 ekor lembu
Kelantan 27/10 Pendek 4 ekor lembu
28/10 Kolej Teknologi Darulnaim 2 ekor lembu
Sabah 27/10 Kunak 3 ekor lembu
Selangor 26/10 Masjid Putrajaya 5 ekor lembu
27/10 Padang SMIK, Shah Alam 9 ekor lembu
Pulau Pinang 27/10 SMA Ibrah 2 ekor lembu
Terengganu 27/10 Kampung Laut 2 ekor lembu
Perlis 26/10 Beseri 9 ekor lembu