fbpx

HALUAN Meterai Kerjasama Pendidikan Dengan Institut Yunus Emre

HALUAN Meterai Kerjasama Pendidikan Dengan Institut Yunus Emre

HALUAN Meterai Kerjasama Pendidikan Dengan Institut Yunus Emre

KUALA LUMPUR, 27 Sep 2017 — HALUAN memperhebat peranannya dalam sektor pendidikan melalui satu perjanjian kerjasama dengan Institut Yunus Emre (IYE) dari Turki.

Majlis menandatangi perjanjian tersebut telah disempurnakan oleh Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman, dan Pengarah IYE, Dr Omer Altun, di ibu pejabat IYE di sini pagi tadi.

IYE adalah sebuah pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan yang ditubuhkan oleh kerajaan Turki di Ankara pada tahun 2007. Ia mempunyai pusat-pusat aktiviti di 37 buah negara.

Melalui kerjasama ini, HALUAN berperanan memperkenal bahasa dan warisan budaya Turki di kalangan pelajar-pelajar di Malaysia. Berbagai aktiviti akan dianjurkan bagi menjayakannya.

Kerjasama ini diharap akan dapat membantu rakyat Malaysia khususnya golongan muda yang ingin melanjutkan pelajaran ke Turki, ataupun menimba pengajaran daripada zaman kegemilangan Khilafah Uthmaniah secara lebih berkesan.


Laporan oleh mediaHALUAN