fbpx

HALUAN Kecam Pengeboman di Sri Lanka

HALUAN Kecam Pengeboman di Sri Lanka

HALUAN Kecam Pengeboman di Sri Lanka

BANDAR BARU BANGI, 22 Apr 2019 – Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) memandang serius dan mengutuk sekeras-kerasnya siri serangan bom pada Ahad 21 April di Sri Lanka. Serangan ke atas tiga buah gereja dan empat hotel ternama setakat ini dilaporkan menyebabkan kematian  lebih 350 nyawa dan lebih 500 orang lagi dikhuatiri cedera.

Serangan yang mensasarkan orang awam dan orang yang sedang beribadat adalah perkara yang tidak boleh diterima oleh masyarakat bertamadun walau apapun motifnya. Ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Pihak yang terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan.

Tragedi ini jelas telah menggugat dan mencabuli hak kemanusiaan seluruhnya. Berpegang kepada prinsip Islam yang cintakan keamanan dan kedamaian, HALUAN menyeru kepada semua pihak agar menghargai hak-hak manusia dan lain-lain makhluk ciptaan Allah untuk hidup dalam jaminan keselamatan dan kesejahteraan. Tragedi seperti ini tidak membawa apa-apa faedah, bahkan penderitaan dan kesengsaraan.

Setulus ingatan dan doa buat warga Sri Lanka.