fbpx

HALUAN Iringi Quran Hour Dari Kem Pelarian

HALUAN Iringi Quran Hour Dari Kem Pelarian

HALUAN Iringi Quran Hour Dari Kem Pelarian

COX BAZAR, BANGLADESH, 7 Jun 2018 – Usaha memertabatkan Al-Quran melalui program World Quran Hour (WQH) anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan kumpulan Media Karangkraf turut mendapat sokongan dan penglibatan dari pihak HALUAN.

HALUAN dengan kerjasama rakan NGO Al Hoque Islamic Council di Cox Bazar telah menjayakan program ini serentak di Kem Pelarian Rohingya Nayapara, Teknaf. Program berkenaan disertai 100 orang pembaca Al Quran bermula jam 10.00 pagi waktu tempatan serentak dengan program WQH di seluruh dunia pada 22 Ramadan lepas.

Pihak HALUAN telah memilih kem pelarian Rohingya di Teknaf bagi menjayakan program ini untuk semangat kebersamaan saudara kita di sana yang menerima bantuan melalui projek Sinar4Rohingya.

Alhamdulillah program ini dapat dijayakan dengan lancarnya berkat komitmen tinggi mereka kepada penghayatan Al-Quran dalam kehidupan mereka.

Menurut Ketua Unit Rohingya, Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Encik Abd Bashir Abd Ghani, program WQH ini telah dirancang lebih awal dan mampu di jalankan melalui kerjasama penduduk kem di sebuah Maahad Tahfiz Al-Quran di bawah bantuan pihak HALUAN.

Usaha menyemarakkan Al-Quran melalui WQH iaitu baca, faham dan amal seharusnya menjadi agenda utama dalam kehidupan mereka kerana desakan hidup yang mereka alami sebagai pelarian sekian lama yang hanya mampu diubati melalui penghayatan Quran dalam kehidupan.

HALUAN sangat menghargai program WQH ini dan akan sentiasa memberikan sokongan selari dengan motto HALUAN iaitu Berakhlak, Mendidik Dan Berbakti.


Laporan Fatin Athirah Abdul Sani