fbpx

Sumbangan Raya Untuk 17 Mahasiswa UM

Sumbangan Raya Untuk 17 Mahasiswa UM

Sumbangan Raya Untuk 17 Mahasiswa UM

PETALING JAYA, 4 Jun 2018 – Seramai 60 mahasiswa/wi Universiti Malaya (UM) hadir ke majlis berbuka puasa anjuran HALUAN pada 3 Jun lepas. Tujuh belas daripada mereka telah dipilih sebagai penerima sumbangan raya dari penderma awam.

Majlis Food On Campus (F.O.C) berkenaan sekali lagi telah diadakan di rumah seorang pensyarah Fakulti Perubatan UM, Dr Rasheedah Mohd Zamin.

Majlis dimulakan oleh ucapan perasmian pengarah besar F.O.C Project, Encik Fitri Zakwan. Katanya, “FOC ini bertujuan menyalurkan bantuan kepada para mahasiswa yang kurang berkemampuan, dan sumbangan yang diberikan ini adalah merupakan inisiatif memberi duit tambahan kepada penerima bagi persediaan raya.”

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian berserta tazkirah ringkas oleh Ketua Biro Kebajikan HALUAN, Encik Azhar Idris. Katanya, “Membuat kebajikan ini luas dan sekecil-kecil perkara kebajikan yang kita lakukan tetap dikira oleh Allah. Majlis ini hanyalah sebahagian daripada kebajikan bagi membantu mahasiswa/wi yang memerlukan untuk mengurangkan serba sedikit tanggungan sewaktu belajar.”

Majlis ini juga turut dihadiri oleh mahasiswa/wi UM dari kalangan non-muslim bangsa Cina dan Jepun yang ingin merasai suasana berpuasa dan berbuka bersama-sama.

Jawatankuasa FOC merakamkan ucapan terima kasih kepada HALUAN kerana telah membuka ruang dan peluang untuk usaha yang sangat murni ini. Terima kasih diucapkan juga kepada Kelab Siswa HALUAN UM, Pemuda HALUAN Petaling Jaya, dan Pemuda HALUAN Kuala Lumpur yang bersama sinergi tenaga bagi menjayakan majlis ini.

Perahu dikayuh ke pulau tiga,
Kembali pulang di waktu pagi,
Selepas bertemu berpisah tiada,
Diizin tuhan bertemu kembali.


Laporan Khairol Amry Shohaimy
Gambar: Nuruddin sani