DKM 02: Merungkai Kelu di Bibirmu

DKM 02: Merungkai Kelu di Bibirmu

DKM 02: Merungkai Kelu di Bibirmu

BANDAR BARU BANGI, 25 Mei, 2019  — Anda sedang menanti tren di stesen LRT. Datang seorang jejaka tampan berciri Eropah berkemeja putih lengan panjang menggalas backpack menyapa anda dan bertanya seolah-olah hendak tahu. Bolehkah anda menjawab soalan daripada misionari ini?

Sebagai muslim, apakah penyelamat kamu bila mati nanti? Agama kamu jaminkah kamu masuk syurga? Habis kenapa Nabi kamu Muhammad beristighfar sampai 70 kali sehari meminta ampun? Dia sendiri pun tidak yakinkah Tuhan kamu akan masukkan dia ke syurga? Kalau dia tidak yakin, kamu sendiri yakinkah?

“Mereka bertanya soalan-soalan yang sangat asas, yang membuat kita termanggu hendak fikirkan jawapan yang terbaik. Mereka tidak bertanya soalan lazim yang boleh kita biasa jawab berdasarkan tumbesaran kita seperti rukun iman, Islam, solat dan puasa. Mereka sudah tahu semua itu tetapi mereka mencari ruang untuk membuatkan kita tengadah, seolah-olah ada lopong dalam agama kita. Itulah kerja misionari – mereka tahu “weak spots” dan “blind spots” kita. Kalau sesiapa yang tidak mengikuti modul-modul kursus Dakwah Kepada Misionari (DKM) kita ini, agak sukar untuk menangkis dakyah mereka dengan berkesan,” berkata jurulatih perbandingan agama untuk DKM, Ustaz Mohd Amin Yaacob.

Jelas beliau lagi, teknik dan skil menyantuni para misionari ada kaedahnya tersendiri yang perlu dipelajari oleh setiap muslim yang cintakan agama. Menurutnya, terdapat banyak NGO-NGO Islam yang menganjurkan berbagai kursus bertahap untuk itu, termasuklah penganjur DKM sendiri iaitu Biro HALUAN Fitrah (BHF) yang dipimpin oleh Dr Basir Towil.

“Mereka pernah memurtadkan Melayu yang jahil dengan bertanyakan, Nabi Muhammad tahu dan yakin tak jalan lurus? Habis kenapa setiap hari baginda berdoa ihdinas sirotolmustaqim? Bermakna dia tak yakinlah tu. Habis tu, kenapa kamu pula yang terlebih yakin dari Nabi kamu sendiri? Dengan mengilas sistema logika dengan orang yang tipis pengetahuan dan imannya, biarpun orang itu seorang profesional yang berjaya, mereka berjaya memurtadkan orang lain. Kalau tidakpun orang itu memasuki agama Kristian, sekurang-kurangnya orang itu telah meninggalkan Islam. Itu pun sudah cukup kejayaan buat mereka,” jelas beliau lagi.

Menurut Dr Basir, tujuan BHF mengembangkan aktivitinya dengan melatih orang awam dalam ilmu Perbandingan Agama ini adalah bertujuan berdakwah kepada golongan Not Yet Muslims yang ramai dikenali oleh Melayu Muslim. Mereka ini berhak mengetahui tentang kebenaran Islam yang memperakui agama-agama samawi sebelumnya.

“Mereka ini adalah rakan sekerja kita, jiran kita, kawan-kawan kita, teman media sosial kita, rakan sekuliah dan sebagainya. Tetapi kita kelu bila hendak kongsi Islam dengan mereka. Sebab? Kita tidak mendalami skil ini terlebih dahulu. Di samping itu, bidang khusus ilmu agama ini perlu dipelajari oleh setiap muslim yang sayangkan agamanya kerana perlunya mempertahankan Islam. Islam agama kedamaian dan harmonis, tapi ada masanya bila aqidah kita diserang dengan biadab, wajib kita bangkit mempertahankannya,” tegas beliau.

Untuk itu, BHF akan meneruskan lagi dengan Modul 03 dan 04 siri kursus DKM ini dalam bulan Julai nanti selepas tamat bulan Syawal. Tajuk seperti Kepentingan Salib Dalam Kristianiti dan Apa Yang Bible Ajar akan dikupaskan dengan terpeinci.

Pastikan anda catat dalam kalendar anda untuk bersama-sama hadir belajar pada tarikh 20 dan 27 Julai nanti. Poster iklan akan menyusul berserta pautan pendaftaran onlinenya.

Hidup yakin dengan kebenaran Islam. Berdakwah tanpa henti.

___
Laporan Mohammad Najib Mohd Nor
Pengarah Kursus DKM 2019
Biro HALUAN Fitrah

Please follow and like us:
error

3 Comments

  1. Suzana

    Says May 31, 2019 at 4:44 PM

    Nak tau yuran dan lokasi di mama

    • admin

      Says May 31, 2019 at 4:46 PM

      Nantikan promosi kami selepas Aidilfitri insyallah. Boleh join Broadcast List HALUAN untuk maklumat pantas terus ke mobile phone puan..
      https://broadcasthaluan.wasap.my

    • Bro

      Says May 31, 2019 at 8:51 PM

      Setahu saya yuran RM20 saja untuk 2 sessi berkembar. Mereka buat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Paragon … Ada dalam poster di artikel di atas

Leave your comments

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.