fbpx

Derita Gaza Siapa Yang Peduli!

Derita Gaza Siapa Yang Peduli!

Aku Ingin Khabarkan kepadamu tentang Gaza. Gaza hidup di dalam sangkar, di dalam sebuah penjara terbuka yang telah lama terisolasi dari dunia. Pokok-pokok oren telah lama jatuh menyembah bumi. Bunga-bungaan tidak lagi dieksport. Juga sayur-sayuran, buah-buahan dan buah zaitun, dahulunya mereka ini perniagaan eksport yang pernah makmur. Sejak tahun 2000, tentera Israel telah memusnahkan sebanyak 114,000 pokok zaitun. Yang lain pula telah lama tengkarap semasa perang 2008-9 – banyak yang tercabut dek fosforus putih dan bahan-bahan kimia yang lain. Kini, pertanian sukar untuk dikerjakan dan di sesetengah kawasan adalah mustahil. Gaza kelihatan seperti zon perang – lubang-lubang peluru jelas kelihatan di sisi-sisi bangunan. Gaza hidup tanpa pam kumbahan yang teratur – dibom setiap kali siap dibina semula. Perairan Mediterranean pula dipenuhi dengan sisa kumbahan mentah, manakala had 3-batu yang dikawal rapi oleh tentera laut Israel secara kolektif memusnahkan industri perikanan yang pernah makmur seketika dahulu. Kini, airnya bertakung sisa kumbahan dan sisa aktiviti perikanan berlebihan.

Ini ialah kisah perang yang paling menggerunkan – kengeriannya tak dapat bayangkan di mana terowong dengan labirin yang berbatu jauhnya berfungsi untuk mengurangkan penderitaan rakyat melalui barang-barang yang dibawa dari Mesir. Terowong ini berbahaya kerana sentiasa dibom oleh roket dan peluru berpandu. Ramai orang-orang muda pemberani yang bekerja dalam terowong untuk membawa barang-barang yang diperlukan ke Gaza memperjudikan hidup mereka setiap hari. Barang-barang untuk menampung kehidupan datang melalui terowong ini. Minyak diesel dan petrol dipam melalui terowong pada 1 / 3 harga Israel. Di samping itu, bahan binaan, simen, ubat-ubatan, kain pembebat, alat pertolongan cemas, malah kereta dan mesin basuh melalui jalan ini ke Gaza. Bahan-bahan yang dikirim melalui Ashdot, Israel, seringkali harus menunggu berbulan-bulan sebelum mereka diperiksa dan selalunya tidak akan pernah tiba di Gaza. Elektrik masih kurang dan penjana yang digunakan di hospital-hospital hanya boleh diaktifkan 12 kali sehari. Mereka acap kali terpadam semasa pembedahan.

Pembaikan penjana dan peralatan lain merupakan sebuah masalah berat kerana alat ganti mengambil masa berbulan-bulan untuk tiba dari negara-negara penderma. Hal ini turut sama berlaku pada peralatan pengimejan yang baru, berdiri terbiar apabila diperlukan. Apabila sesuatu barang rosak, seseorang seringkali harus menunggu lebih daripada satu tahun untuk alat ganti yang datang dari NGO [badan bukan kerajaan] yang menyokong rakyat Palestin. Malangnya (setakat yang saya pelajari) A[merika] S[yarikat] tidak lagi menyumbang dan Kongres AS menyalurkan penggunaan dana itu bagi NGO pembangunan agrikultur. Ini ialah satu tragedi untuk rakyat Palestin di Gaza, mereka hanya mampu membekalkan makanan kepada penduduk mereka sendiri. Ramai pesakit tidak boleh mendapatkan rawatan lanjut. 40% daripada ubat-ubatan untuk rawatan yang diperlukan tidak boleh didapati. Ubat-ubatan kemoterapi langsung tidak wujud di sini kerana mereka terlalu mahal. Turut sama tiada ialah sarung tangan, jarum jahitan, antibiotik dan keperluan yang paling asas. Banyak kerusi roda yang ada disumbangkan oleh negara-negara yang mengambil bahagian [mendukung Palestin]. Kerusi-kerusi ini berada dalam keadaan yang baik untuk dipakai oleh orang-orang muda yang anggota badan mereka diletupkan. Saya diberitahu bahawa kerusi roda yang dihantar oleh Israel tidak boleh digunakan lantaran banyak bahagian yang hilang.

Mengapa pula? Hospital telah dibom dan dibina semula. Tanpa terowong, akan ada kelumpuhan total dalam pembinaan semula. Hanya pesakit yang memerlukan rawatan lanjutan, dan pesakit yang paling lemah dihantar ke hospital-hospital Israel. Perjalanan ke sana adalah panjang dan sukar dengan tempat pemeriksaan yang banyak. Sesetengah pesakit tidak berjaya melepasinya dalam keadaan hidup. Kanak-kanak mesti pergi bersendirian kerana ibu bapa tidak diberi kebenaran untuk menemani mereka. Kini, pesakit lebih mudah dihantar melalui Rafah ke Kaherah untuk mendapatkan rawatan. Juga suatu perjalanan yang sukar, tetapi lebih disukai kerana sekatan sempadan mewujudkan lebih banyak kemungkinan untuk tiba di hospital Mesir. Namun, ia masih sukar dan panjang. Saya melihat orang menunggu berjam-jam di sempadan untuk pasport dan dokumen-dokumen mereka diluluskan, prosedur membosankan walaupun bagi orang yang sihat. Hospital Al-Shifa (diterjemahkan sebagai “Penyembuhan” dalam bahasa Arab) adalah hospital yang terbesar di Semenanjung Gaza. Ia mempunyai 700 katil dan merawat 1200 pesakit sehari. Kesan pengepungan kesihatan Israel tidak kurang daripada dahsyatnya. Saya amat kagum dengan komitmen kakitangan hospital yang merawat orang ramai yang sakit dan cedera walaupun dengan peralatan yang terhad.

Lelaki dan wanita Palestin bekerja bergandingan bahu. Saya terkesan oleh keindahan dari Palestin dan dorongan mereka ke arah martabat dan kebebasan. Saya terkesan dengan ibu bapa kepada kanak-kanak yang sakit, menjaga mereka dengan penuh kecintaan dan tragedi yang terukir di wajah mereka. Sekian banyak dari apa yang saya lihat dan dengar di Gaza telah meninggalkan satu lubang hitam yang mendalam dalam kesedaran saya kerana saya sedar bahawa jenayah yang dilakukan oleh Zionis Israel dan bersama-sama Amerika Syarikat ialah salah satu jenayah yang terbesar terhadap sebuah populasi yang gagal untuk dilihat sebagai manusia. Sebaliknya rakyat Palestin adalah setan, binatang dalam usaha Israel untuk menghapuskan sejarah Palestin, maruah rakyat Palestin dan hak mereka untuk wujud dalam keadaan yang selamat dan aman. Dalam hemat saya, hal ini tidak boleh dibandingkan dengan bab terakhir Holocaust, ini ialah satu tragedi yang tiada pengampunan. Saya akan terus menulis tentang tanah sitrus yang lara ini, tanah di mana tumbuh-tumbuhan sitrus telah direnggut keluar daripada bumi dan pokok-pokok telah dieksport ke Israel untuk keuntungan mereka. Semuanya berkisar mengenai keuntungan dan ketamakan manakala manusia tidak lagi menjadi manusia. Saya ingin memberitahu anda tentang uranium dan fosforus putih yang ditemui selepas perang di mana pengeboman berlaku selama tiga minggu berturut-turut tanpa henti.

Saya menyaksikan bagaimana guru-guru dalam projek “Selamatkan Anak-Anak Kita” membantu dua orang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sampai hari ini tidak mampu berbicara setelah Operasi Cast Lead. Namun sehingga hari ini, kita masih menemui bahan kimia di dalam tanah dan di dalam badan-badan kanak-kanak yang dilahirkan pramatang dengan kanser dan kecatatan. Ya dan 33 tambahan bahan kimia toksik yang berubah dengan setiap kali pengeboman baru, telah diasingkan. Sekiranya anda tidak tahu, lebih daripada 55% daripada penduduk Gaza adalah di bawah umur 18 tahun. Menggigil saya memikirkan kesan kekejaman berterusan ke atas generasi muda ini pada tahun mendatang.

Palestin masih dengan bantuan NGO yang cuba untuk untuk melestarikan kesejahteraan anak-anak Palestin di kem-kem pelarian yang sesak yang mempunyai wajah yang paling indah. Kita harus masih punya harapan kerana anak-anak ini mendatangi saya dengan isyarat keamanan dan kami bersama-sama mengucapkan Viva Palestina. Pekerjaan saya baru saja dimulai. Saya juga harus bertahan pada harapan. Dunia harus mendengarkan dan menolak. *Lillian Rosengarten ialah seorang bekas pelarian Nazi Jerman, penganut agama Buddha, penyair, pengarang dan pasifis. Beliau menyumbang artikel ini kepada PalestineChronicle.com .