fbpx

HALUAN Sertai Misi Penghantaran Bantuan Kemanusiaan Banjir Thailand

HALUAN Sertai Misi Penghantaran Bantuan Kemanusiaan Banjir Thailand

HALUAN Sertai Misi Penghantaran Bantuan Kemanusiaan Banjir Thailand

Hatyai, 16 November – HALUAN telah menghantar delegasi seramai empat orang untuk menyertai konvoi penyerahan bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir di Thailand.


Konvoi di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu diketuai Supt. Shahrin dari MKN. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) turut menyertai rombongan tersebut.

Rombongan bertolak dari Depo Bekalan Majlis Keselamatan Negara Sungai Buloh, Selangor pada petang 15 November dan tiba di Kem Sinanarong, 42nd. Military Circle, Hatyai keesokan harinya. Penyerahan bantuan secara rasmi kepada pihak berkuasa Thailand telah disempurnakan oleh Zahari Bin Alias dari Kementerian Luar Negara mewakili Kerajaan Malaysia.

Konsul Malaysia di Songkhala, Mohd Rozaimi Harun dan Penolong Setiausaha Kanan, Pasukan Pegawai Perhubungan Malaysia, Lt. Kol. Mohd Nazaruddin Mohd Nazir menaruh harapan yang tinggi kepada HALUAN sebagai NGO Muslim agar dapat menggerakkan usaha-usaha mengumpul bantuan kemanusiaan dalam bentuk makanan halal, minuman air bersih dan keperluan peribadi untuk umat Islam di Bangkok yang menghadapi masalah mendapatkan makanan halal dalam suasana darurat disebabkan banjir.