Berita

Pelapis KKH Anjur Seminar MOHO

Pelapis KKH Anjur Seminar MOHO

Ibarat menganyam, lama menyulam tikar melarik coraknya. Hasil titik peluh ahli-ahli Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) dan pentadbir pendidikan HALUAN di negeri-negeri yang mempunyai universiti pengajian perubatan, kini anak-anak muda lulusan perubatan berjaya menganjurkan seminar MOHO (Medical Officer / House Officer) mereka pada 17 April 2010. Seminar sehari suntuk di Kajang, Selangor itu dirancang dan dikendalikan …

Berangkatnya Para Relawan LL4G

Berangkatnya Para Relawan LL4G

Ibarat lebah menghurungi sarang. Begitulah ramainya sahabat handai dan sanak saudara kepada relawan NGO-NGO Malaysia yang berlepas ke Gaza malam 18 Mei melalui KLIA ke Istanbul, Turki. Semacam ada debaran semasa setiap ahli diberikan peluang untuk berucap kepada 80 orang hadirin pengiring pada malam itu. Ada yang tekun mendengar, ada yang terkelu, ada yang tersenyum …

Naib Presiden IHH Turki Kunjungi Pejabat Biro HALUAN Palestin

Naib Presiden IHH Turki Kunjungi Pejabat Biro HALUAN Palestin

SUBANG PERDANA, 9 Mei: Naib Pengerusi  Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) Turki, Hussain Oruz telah berkunjung ke Pejabat Operasi Biro HALUAN Palestin bersama-sama dengan Syeikh Abu Ahmad, Koordinator Bantuan Antarabangsa Ikatan Ulama Palestin.  Kehadiran kedua-dua tokoh ini telah disambut oleh Dr. Abdullah Sudin bin Abd. Rahman, Presiden HALUAN Malaysia dan Tn. Hj. Noorazman …

Solidariti NGO di Perhimpunan Perdana Palestin

Solidariti NGO di Perhimpunan Perdana Palestin

SHAH ALAM, 8 Mei – Hampir 10,000 orang telah hadir dalam Perhimpunan Perdana Palestin yang dianjurkan oleh Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) bersama-sama dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Yayasan Amal, Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda), Pertubuhan Mawaddah Malaysia, Global …

Konsert ‘Lifeline 4Gaza’ Menyemarak Semangat Menyelamatkan Palestin

Konsert ‘Lifeline 4Gaza’ Menyemarak Semangat Menyelamatkan Palestin

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Jarang kita melihat sebuah konsert nasyid dapat mengawal mood penonton dengan begitu baik sekali sehingga hampir seluruh persembahan dihayati dan khalayak turut mengambil bahagian. Tetapi itulah yang berlaku dalam konsert ‘Lifeline 4Gaza’ di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, di sini baru-baru ini. Kumpulan nasyid Indonesia yang cukup popular dengan lagu-lagu …

Relawan HALUAN Tingkatkan Kemahiran Bantuan Kemanusiaan

Relawan HALUAN Tingkatkan Kemahiran Bantuan Kemanusiaan

Biro Bantuan Misi Kemanusian HALUAN telah menganjurkan Latihan Misi Kemanusiaan Dan Paramedik dari 20hb hingga 21hb Mac baru lalu. Latihan yang diadakan di Kompleks HALUAN Penyayang, Bukit Naga, Shah Alam itu telah disertai oleh 20 orang relawan yang mewakili cawangan-cawangan HALUAN dari seluruh negara. Sebagai sebuah NGO yang berpegang kepada slogan berakhlak, mendidik dan berbakti, …

PEWARIS 5 Menyemarakkan Remaja Untuk Mendidik dan Berbakti

PEWARIS 5 Menyemarakkan Remaja Untuk Mendidik dan Berbakti

KANGAR, 14 Mac — Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) telah berjaya menganjurkan Perkhemahan Pewaris Remaja HALUAN Kebangsaan (PEWARIS 5) dari 12hb hingga 14hb Mac 2010. Perkhemahan yang diadakan di Eagle Park Resort & Spa, Sungai Batu Pahat itu telah dihadiri oleh seramai 143 pemimpin remaja dari seluruh negara. PEWARIS kali ini membawa tema “Singa di Siang …

Program Pembangunan Modal Insan dan Program Kecemerlangan Pendidikan di Sabah Mendapat Sambutan Yang Amat Menggalakkan

Program Pembangunan Modal Insan dan Program Kecemerlangan Pendidikan di Sabah Mendapat Sambutan Yang Amat Menggalakkan

Kunak, 3 Mac 2010 — Alhamdulillah, HALUAN dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Kampung, pihak Ladang dan Pusat Pelajaran Daerah Kunak dan Semporna, Sabah telah menjayakan Program Pembangunan Modal Insan (PPMI) dan Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP) dari 26 Februari hingga 2 Mac 2010. Kedua-dua program tersebut adalah di bawah tajaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Seramai …

Kem JATIDIRI 2010 Melabuh Tirai

Kem JATIDIRI 2010 Melabuh Tirai

Kem Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja 2010 (JATIDIRI) telah melabuhkan tirainya pada 7 Februari 2010. Seramai 190 peserta lepasan SPM 2009 dari pelbagai sekolah telah berkampung di Kelantan semenjak 47 hari yang lalu. Sejumlah 10 modul yang meliputi aspek ruhiyah, dakwah, tarbiyah, kepimpinan, kemahiran keinsanan, pengurusan diri, pengurusan masa, rekreasi, kerjasama berpasukan, khidmat masyarakat dan …

Hari Keluarga HALUAN di Sarawak

Hari Keluarga HALUAN di Sarawak

24 Januari 2010, Air Terjun Matang, Sarawak –- Buat julung kalinya ahli-ahli HALUAN yang tinggal atau bertugas di Sarawak telah berjaya mengadakan perjumpaan terancang bagi mengeratkan lagi silaturrahim dan menyuburkan lagi usaha mendidik dan berbakti di Bumi Kenyalang. Dalam perjumpaan tersebut, mereka telah bersama-sama mengadakan aktiviti riadah dan berkelah di kawan air terjun Matang. Alhamdulillah …