fbpx

Hari Keluarga HALUAN di Sarawak

Hari Keluarga HALUAN di Sarawak

Hari Keluarga HALUAN di Sarawak

24 Januari 2010, Air Terjun Matang, Sarawak –- Buat julung kalinya ahli-ahli HALUAN yang tinggal atau bertugas di Sarawak telah berjaya mengadakan perjumpaan terancang bagi mengeratkan lagi silaturrahim dan menyuburkan lagi usaha mendidik dan berbakti di Bumi Kenyalang.


Dalam perjumpaan tersebut, mereka telah bersama-sama mengadakan aktiviti riadah dan berkelah di kawan air terjun Matang. Alhamdulillah dalam kesempatan ini mereka telah dapat beramah mesra dan bertukar-tukar fikiran dan berkongsi pengalaman.

Terdahulu, mereka telah mengadakan sesi perbincangan mengenai perancangan aktiviti HALUAN sepanjang tahun 2010. Dalam sesi perbincangan tersebut, mereka turut memberi penjelasan kepada visi dan misi HALUAN dan memperkemaskan struktur organisasi mereka supaya aktiviti HALUAN dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, samada untuk manfaat ahli dan keluarga mereka mahupun masyarakat setempat seluruhnya. Turut hadir dalam program ini adalah antaranya Dr Awang Iskandar, Prof Sulaiman Hanafi, Puan Rashidah bt Abdul Rahman yang mewakili HALUANITA, dan juga Pangiran Adil Awang Iskandar yang mewakili Kelab Siswa HALUAN.

Semoga HALUAN akan dapat terus menyumbang dalam mendidik dan berbakti kepada masyarakat Sarawak Bumi Kenyalang dengan lebih berkesan lagi.