fbpx

BHF Utara & HALUAN Kedah Lancar Kursus Dakwah Kepada NYMs

BHF Utara & HALUAN Kedah Lancar Kursus Dakwah Kepada NYMs

BHF Utara & HALUAN Kedah Lancar Kursus Dakwah Kepada NYMs

SUNGAI PETANI, 25 Ogos 2019 – Seramai 160 orang pencinta dakwah telah menyertai Kursus Metodologi Dakwah Kepada Not Yet -Muslims (NYMs) dan Mosque Tour di Dewan Pusat Dakwah Islamiah Al-Muhamadi (PDIAM) di sini semalam. Kursus berlangsung daripada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Kursus ini mendedahkan peserta tentang metod dakwah kepada NYMs secara umumnya dan bagaimana mengaplikasikannya dalam kehidupan. Kursus ini telah dipimpin  oleh presiden dan pengasas Islamic Propagation Society International (IPSI), Bro. Kamarudin Abdullah yang berpusat di Pulau Pinang.

Kursus ini terbahagi kepada tiga slot. Slot pertama berkisar tentang metodologi dakwah kepada NYMs. Bro. Kamarudin  mendedahkan tips berdakwah dan kepentingan berdakwah kepada peserta manakala slot kedua menceritakan tentang Mosque Tour ataupun ziarah masjid khusus untuk golongan bukan Islam. Daripada slot kedua ini, para peserta dapat mempelajari cara-cara berdakwah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti di masjid masing-masing. 

Slot terakhir ialah slot soal-jawab di mana  para peserta mengemukakan soalan-soalan yang menjadi kekeliruan kepada mereka. Sepanjang tiga slot yang telah disampaikan oleh Bro. Kamarudin, terdapat tiga perkara penting yang perlu ada dalam diri setiap pendakwah secara umumnya. Pertama ialah seorang pendakwah tidak boleh ada perasaan benci kepada Non-Muslim. Kedua pendakwah memerlukan kesabaran yang tinggi serta yang ketiga ialah pendakwah memerlukan ilmu pengetahuan untuk berdakwah. 

Menurut beliau lagi, “satu insan masuk Islam kerana kita lebih baik daripada seisi dunia”. Kata-kata inilah yang memberi semangat yang tinggi kepada peserta untuk  berdakwah kepada NYMs dengan bersungguh-sungguh tanpa berputus asa. Selain itu, beliau juga sangat menekankan agar setiap pendakwah menjaga hubungan dengan Allah kerana kejayaan di dalam dakwah ialah hasil daripada pertolongan daripada Allah SWT.

Puan Badariah Din dan Puan Rohaya Sharif merupakan antara peserta wanita yang menyatakan bahawa kursus penyertaan mereka buat  kali pertama ini telah membuka minda mereka terhadap kawan-kawan non-Muslim. Kini, mereka sedar bahawa selama ini mereka tidak pernah berusaha untuk berkongsi tentang Islam kepada kawan-kawan Non-Muslim mereka. 

Tambah mereka,  kursus berkenaan telah menyuntik semangat dan memotivasikan diri mereka untuk mengajak kawan-kawan Non-Muslim kepada Islam serta memantapkan diri dengan ilmu. Mereka berharap pihak HALUAN Kedah dapat mengutamakan peserta kursus ini dahulu untuk menyertai program susulan pada masa akan datang.

Wakil peserta lelaki Ahmad Shahrul Iman Ahmad Suhaimi dan Norman Mahmudin yang merupakan pelajar PDIAM berkata kursus ini dapat mencapai keinginan mereka untuk lebih berani berdakwah dan menaikkan nilai Islam. Mereka mendapat banyak tips untuk berdakwah kepada NYMs dan kembalikan orang yang telah murtad kepada Islam yang sebenar. Mereka juga berharap pogram ini dapat dilaksanakan selama dua hari satu malam agar dapat lebih memahami dan mendalami seni  berdakwah.

Turut hadir di kursus berkenaan adalah YDP HALUAN cawangan Kedah, Cikgu Mohamad Basri Hussain dan Pengetua Pusat Dakwah Islamiah Al Muhamadi, Encik Mohammed Raffi Maen. Kursus ini merupakan anjuran Biro HALUAN Fitrah (BHF) zon utara dengan kerjasama Yayasan Abu Bakar yang memiliki dan mengendali Pusat Dakwah ini sepenuhnya.

Kursus ini telah dijayakan oleh pasukan BHF Kedah diketuai oleh Dr. Mohamad Nasir Othman dan dibantu oleh pasukan BHF Zon Utara dan pelajar-pelajar PDIAM.

___
Laporan Nur Asma’ Razif, Biro HALUAN Fitrah Zon Utara