fbpx

Anak-anak Kg Pohon Nenasi Sertai Kem Ibadah Remaja (KIBAR)

Anak-anak Kg Pohon Nenasi Sertai Kem Ibadah Remaja (KIBAR)

Anak-anak Kg Pohon Nenasi Sertai Kem Ibadah Remaja (KIBAR)

BACHOK, 22 Ogos 2009 — HALUAN Kelantan telah berjaya mengadakan Kem Ibadah Remaja (KIBAR) di Ridhuan Beach Resort, Bachok Kelantan pada 20 dan 21 Ogos 2009 yang lalu. Program tersebut diadakan dengan kerjasama penduduk Kampung Pohon Nenasi, Bachok. Kg. Pohon Nenasi adalah merupakan sebuah kampung angkat HALUAN Malaysia melalui projek Program Kecemerlangan Pelajar (PKP) kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).


Alhamdulillah seramai 84 pelajar yang terdiri daripada 41 pelajar putera dan 43 pelajar puteri telah berjaya menghadiri kem tersebut. Mereka turut diiringi oleh 10 orang wakil kampung Pohon Nenasi yang diketuai sendiri oleh ketua kampung, En Umar Marzuki. Para peserta jelas teruja dengan peluang menyertai kem seumpama ini yang mereka lalui buat julung kalinya.

Menurut En Umar inilah kali pertama anak-anak kampung mereka menyertai program seperti ini. Beliau amat berbesar hati dengan usaha HALUAN dan berharap agar HALUAN akan terus dapat membantu mereka dalam mendidik dan membangunkan anak bangsa yang berjaya di dunia dan akhirat.

Program ini merupakan program susulan HALUAN kali ketiga. Program pertama telah diadakan dengan kunjungan hormat ke Kg. Pohon Nenasi oleh Naib Presiden HALUAN, Dr. Azizan Ahmad dan Naib Pengerusi HALUANITA, Dr Wan Muhaizan Wan Mustaffa bersama jawatankuasa projek dari HALUAN Kelantan yang diketuai oleh Cikgu Mahmud Jaafar.

Kemudian pada awal bulan Ogos, HALUANITA Kelantan bersama 40 ahli Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Kelantan telah mengadakan ziarah ke 50 buah rumah penempatan di Pohon Nenasi yang berlatar-belakangkan keluarga miskin.

Dalam program Khemah Ibadah Remaja ini, para peserta telah diajak untuk memahami erti hidup dan matlamat diri dan membina sikap positif untuk berubah. Mereka juga telah dapat melalui sesi model motivasi dan praktikal solat. Walaupun masa program agak singkat, namun ini akan menkadi pemangkin hubungan intim yang telah terbina di antara fasilitator HALUAN Kelantan bersama para remaja Kg. Pohon Nenasi.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Di Pertua HALUAN Kelantan, Cikgu Kamarudin Deraman. Menurut Cikgu Kamarudin, HALUAN sentiasa mencari peluang untuk mendidik dan berbakti di mana sahaja HALUAN berada. Pihak HALUAN bersyukur kerana dapat bersama dengan anak-anak pewaris masa depan agama dan bangsa ini. Diharapkan akan ada dari kalangan peserta yang akan mewarisi kerja mulia yang telah lakukan oleh para fasilitator HALUAN.

Turut hadir di majlis penutup adalah Ahli Jawatankuasa HALUAN dan HALUANITA Kelantan.