fbpx

Presiden Santuni Ahli HALUAN di Mekah

Presiden Santuni Ahli HALUAN di Mekah

Presiden Santuni Ahli HALUAN di Mekah

AJYAD, MEKAH, 17 Ogos 2019 — Lebih 50 orang ahli HALUAN serta anak-anak mereka yang belajar di Mekah telah menyertai Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman di Majlis Sambutan Aidiladha yang telah diadakan di Masjid Kelantan (Tahfiz Siti Khadijah) di Khadamah.

Dr. Abdullah dan isteri telah melaksanakan ibadah haji pada tahun 1440H ini dan mengambil kesempatan bertemu dengan keahlian NGO berkenaan di tanah suci. Dalam acara khas kuliah maghrib, beliau menekankan kepentingan menunaikan ibadah fardu dengan sempurna kerana ibadah-ibadah fardu itu adalah untuk kepentingan individu itu sendiri.

“Tetapi untuk menzahirkan kecintaan kita kepada Allah SWT, dan agar Allah sayang kepada kita, kita kena masuk ke fasa berikutnya pula dengan cara berkhidmat menyantuni makhluk-makhluk Allah yang lain. Dalam erti kata yang lain, pelaksanaan ibadah fardu itu akan melahirkan individu yang menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiah, merubah masyarakat tidak kira bangsa atau agama supaya menjadi lebih baik,” berkata Dr. Abdullah Sudin.

Presiden juga menekankan kepentingan amalan-amalan yang banyak dilaksanakan semasa mengerjakan haji seperti solat berjamaah di masjid, membaca Al-Quran, bersedekah dan amalan kebaikan lain sama ada wajib atau sunat hendaklah diteruskan selepas balik ke Malaysia. Barulah haji berkenaan dinamakan Haji Mabrur, mengubah diri itu menjadi insan yang lebih baik secara istiqamah.

Di kesempatan yang sama, presiden telah menyerahkan sumbangan derma kepada mudir Tahfiz Siti Khadijah, Ustaz Marzuki Abdullah. Tahfiz ini didirikan untuk menampung anak-anak warga Thailand, Indonesia dan Malaysia yang lahir di Mekah. Sehingga kini tahfiz ini menampung 40 orang pelajar.

Acara penutup pertemuan adalah jamuan nasi mandey kambing sumbangan ahli-ahli HALUAN yang tinggal di Mekah.

_
Laporan mediaHALUAN