fbpx

Bantu Misi Food Flotilla untuk Rohingya

Bantu Misi Food Flotilla untuk Rohingya

Bantu Misi Food Flotilla untuk Rohingya

BANDAR BARU BANGI, 1 Dis, 2016 – Pada 9 Oktober 2016, sekali lagi dunia dikejutkan dengan penindasan dan keganasan paling tragis yang dilakukan tanpa perikemanusiaan oleh pihak tentera Myanmar dan kelompok ekstrimis Buddha terhadap penduduk Rohingya di Maungdaw, utara negeri Arakan (Rakhine).

Ini bukan kali pertama, Rohingya yang tidak diiktiraf kewarganegaraan mereka, dibunuh secara sistematik, wanita dan anak-anak gadis dirogol beramai-ramai kemudian dibunuh, anak-anak kecil dan bayi dicampak ke dalam unggun api, manakala yang lain diseksa serta dihalau tanpa belas kasihan. Ratusan rumah dan puluhan perkampungan Rohingya dimusnahkan dan dibakar, manakala ribuan Al-Quran di bakar serta barangan rumah di rampas dan dimusnahkan.

Dan dalam masa dua minggu tersebut, rejim tentera menggunakan senjata berat seperti pelancar roket dari helikopter dan juga kapal tentera laut untuk membunuh penduduk kampung.

Menurut statistik daripada NGO setempat, sehingga kini tidak kurang daripada 450 orang telah terkorban dan ribuan yang tercedera serta lebih 50,000 orang lagi telah kehilangan tempat tinggal, terpaksa menjadi pelarian terutamanya ke Bangladesh.

Junta tentera Myanmar bersama kumpulan ekstrimis Buddha mempunyai perancangan terancang terhadap Rohingya dengan agenda pembunuhan berterusan, menghalau beramai-ramai keluar dari Arakan, penahanan suspek teroris dalam kem dan deportasi secara massa ke negara ketiga. Agama Buddha yang mengharamkan pembunuhan walaupun serangga dan binatang telah punah disebabkan ekstrimisme.

Seperti biasa, sejak puluhan tahun pihak tentera kerajaan akan menafikan keganasan yang dilakukan, malah menuduh penduduk Rohingya yang memulakan keganasan dan membakar rumah mereka sendiri untuk menarik perhatian dan simpati masyarakat dunia.

Lebih malang lagi masyarakat antarabangsa khasnya badan PBB, OIC dan ASEAN masih gagal untuk melakukan tindakan yang konkrit ke atas kerajaan Myanmar yang jelas dan sengaja melakukan perlanggaran undang-undang antarabangsa dan Charter Kemanusiaan Bangsa-bangsa Bersatu termasuklah kekejaman ganas pembunuhan sistematik.

HALUAN bersama NGO-NGO antarabangsa lain yang sentiasa prihatin mengenai isu Rohingya telah terlibat dalam beberapa aktiviti seperti mesyuarat bersama, demo keamanan dan solidariti ummah, dan penghantaran bantuan kemanusiaan dan perubatan.

Sejak 2012, HALUAN telah berkerjasama dengan beberapa NGO Kemanusiaan domestik dan antarabangsa memberikan bantuan kemanusiaan kepada Rohingya di Arakan dan juga pelarian Rohingya di Malaysia.

Kali ini dalam waktu yang terdekat, HALUAN akan bersama menjayakan “Food Flotilla For Myanmar” seperti yang dirancang oleh gabungan NGO Malaysia. Flotilla ini bukan sahaja bakal menghantar bahan keperluan pelarian Rohingya tetapi juga sebagai satu solidariti keprihatinan umat Islam ke atas kekejaman dan keganasan ke atas masyarakat Rohingya. Ia juga sebagai isyarat kepada kerajaan Myanmar agar kembali menjaga hak kemanusiaan penduduk Rohingya di Rakhine.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun di bawah:-

Nama Akaun: Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN
Akaun No.: 5622 6350 2611
Bank: Maybank

Sila email slip/resit sumbangan dengan tajuk [Rohingya] ke unit.kewangan@haluan.org.my


Laporan oleh Dr Baharudin Suri, Ketua Biro Misi Kemanusiaan