fbpx

Aksi Sengit Kuala Lumpur Bertemu Selangor

Aksi Sengit Kuala Lumpur Bertemu Selangor

Aksi Sengit Kuala Lumpur Bertemu Selangor

SHAH ALAM, 10 Jan 2016 — Perlawanan kedua Liga Bola Sepak HALUAN Wilayah Tengah telah berlangsung mengikut jadual di antara pasukan Selangor menerima kunjungan pasukan Kuala Lumpur bertempat di Pusat Sukan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Perlawanan pertama di antara Selangor berjersi merah menentang Kuala Lumpur berjersi hitam, bermula tepat jam 9.00 pagi. Perlawanan berlangsung secara tiga kali separuh masa, setiap separuh masa selama 25 minit. Pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan menunjukan serangan balas yang sengit dengan kesudahan jaringan pembukaan perlawanan oleh Muhammad Turahim pada minit ke 16 daripada pasukan Selangor.

Pada separuh masa kedua pertukaran pemain dan strategi setiap pasukan banyak mengubah rentak permainan memberi kelebihan kepada pasukan Kuala Lumpur menjaringkan gol pertama pasukan pada minit ke 27 oleh Adi Johari. Jaringan balas melalui sepakan percuma oleh Usayri Zin pada minit ke 39 daripada pasukan Selangor, selang beberapa minit kemudian jaringan tandukan oleh Nafis Alwar pada minit ke 46 daripada pasukan Kuala Lumpur telah mengikat kedudukan jaringan seri dua sama setelah berakhir separuh masa kedua.

Masuk separuh masa ketiga pertukaran strategi telah memberi kelebihan kepada pasukan Kuala Lumpur melalui jaringan dua gol oleh Zaid Mazlan dan Nafis Alwar pada minit ke 53 dan 67, menambahkan lagi jarak jaringan kedua-dua pasukan sehingga ke akhir wisel penamat. Keputusan masa penuh perlawanan kemenangan berpihak kepada pasukan Kuala Lumpur dengan empat gol manakala tuan rumah Selangor beroleh dua gol.

Perlawanan timbal balik antara pasukan Kuala Lumpur yang bakal menerima kunjungan pasukan Selangor dijadualkan pada 24 April 2016. Perlawanan ketiga liga dijadualkan akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur, di antara pasukan Kuala Lumpur selaku tuan rumah akan menerima kunjungan pasukan Putrajaya pada 21 Februari 2016. Keputusan semasa keseluruhan Liga Bola Sepak WT, pasukan Kuala Lumpur dan Selangor masing-masing berbekalkan tiga mata, Kuala Lumpur sebagai pendahulu liga dengan kelebihan jaringan gol, manakala pasukan Putrajaya masih belum beroleh sebarang mata.

Ucapan penutup oleh Encik Hamdan Salleh wakil penganjur mengucapkan tahniah kepada pasukan Kuala Lumpur dan syabas kepada pasukan Selangor selaku tuan rumah. Turut berucap Encik Hamdan Mokhtar mewakili pengurusan pasukan Selangor menyampaikan tazkirah ringkas, antara intipati ucapan beliau menekankan tentang kekuatan ukhuwah melalui aktiviti riadhah juga dapat membangkitkan semangat bekerja untuk Islam disamping tuntutan menjadi mukmin yang sihat tubuh badan.


Disediakan oleh Muhammad Nabil Jamalludin