fbpx

Misi Bantuan Musim Sejuk Syria Bakal Berlepas

Misi Bantuan Musim Sejuk Syria Bakal Berlepas

Misi Bantuan Musim Sejuk Syria Bakal Berlepas

BANDAR BARU BANGI, 20 Januari 2016 — Setelah hampir lima tahun konflik politik di Syria berlaku, sehingga kini masih belum menampakkan bibit penyelesaian malah bertambah rumit dengan campur tangan kuasa-kuasa besar. Hal ini telah mengakibatkan hampir jutaan penduduk Syria kehilangan tempat tinggal dan berhijrah meninggalkan tanah air tercinta bagi menyelamatkan nyawa yang terancam menuju ke negara-negara jiran dan eropah bagi mendapat perlindungan.

Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia atau ringkasnya HALUAN akan menghantar satu pasukan misi kemanusian musim sejuk dengan kerjasama Hands to Syria 2.0 dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi melunaskan amanat rakyat Malaysia yang prihatin kepada pelarian Syria yang berada di Jordan. Misi kemanusian musim sejuk adalah rentetan daripada misi-misi yang telah dijalankan sebelum ini oleh pihak HALUAN dan UTM serta dengan kerjasama NGO di Jordan.

Seramai enam relawan akan berlepas ke Amman, Jordan yang akan diketuai oleh Encik Mohd Mukhlis Mohd Nasri bagi menjayakan objektif utama misi pada kali ini. Misi ini akan berlepas 20 Januari sehingga 2 Februari 2016 dan akan membawa bantuan ke kawasan-kawasan penempatan pelarian Syria di Jordan. Fokus misi kemanusiaan kali ini adalah untuk menyampaikan beberapa bantuan berbentuk makanan asasi dan pemanas (heater) selaras dengan kempen Warmth For Syria yang telah dilancarkan oleh HALUAN sebelum ini.

Tambahan pula, musim sejuk yang melanda Jordan dijangka mencecah paras -3 yang akan menyukarkan kehidupan para pelarian Syria yang hidup serba kekurangan ditambah lagi dengan pengumuman pengurangan bajet bantuan makanan kepada pelarian Syria di Jordan oleh World Food Programme di bawah seliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengakibatkan bantuan makanan untuk pelarian terjejas. Maka sebagai sebuah NGO yang prihatin kepada bencana kemanusiaan ini yang berlaku, HALUAN bakal meneruskan lagi bantuan musim sejuk untuk pelarian Syria di Jordan dengan menghantar satu pasukan yang terdiri daripada para mahasiswa ke Jordan.

HALUAN juga mengalu-alukan mana-mana badan kerajaan, swasta, surau, masjid & institusi pendidikan untuk menjemput pihak kami bagi berkongsi pengalaman dan memberi penerangan tentang isu kemanusiaan Syria.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut:
✔Hotline: +601114193929 (Call/SMS/Whatsapp) – 24jam
✔Phone: +60389268892
✔Fax: +60389266892
✔Email: info@haluan.org.my


Sumbangan ikhlas tuan-puan kepada mereka yang memerlukan boleh disumbangkan melalui:

Nama Akaun: Tabung Kebajikan & Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 5622 6350 2611
Bank: Maybank Berhad

*Sila emel slip/resit sumbangan [Warmth4Syria] ke unit.kewangan@haluan.org.my

Semoga sumbangan anda dirahmati Allah SWT.

‪#‎yourhandtheirhope‬
‪#‎Warmth4Syria‬
‪#‎SaveTheChildrenOfSyria‬