fbpx

Anda Usahawan? Jom ke JUS

Anda Usahawan? Jom ke JUS

Anda Usahawan? Jom ke JUS

BANDAR BARU BANGI, 9 Jan 2015 — Anda menghadapi cabaran serta rintangan menjalankan perniagaan? Anda ingin lebarkan jaringan perniagaan? Anda ingin belajar bagaimana memperolehi dana untuk perniagaan? Jom kita ke Seminar Jaringan Usahawan Super (JUS) 2016.

Program khas untuk usahawan ini akan diadakan pada Sabtu, 30 Januari di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) sebagai penganjur bersama mensasarkan usahawan dari seluruh Malaysia dan tempat adalah terhad untuk 350 peserta sahaja.

Antara topik menarik di seminar ini adalah slot Usahawan Mukmin oleh Ustaz Pahrol Mat Juoi, slot Bual Bicara Jaringan Usahawan Super bersama Tan Sri Siti Sa’adiah Sheikh Bakir dan Prof. Dr. Azizan Ahmad, slot Online Marketing oleh Encik Kamarul Bahareen serta slot Keusahawanan Sosial oleh Puan Anja Juliah Abu Bakar.

Di akhir seminar, peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil “Group Breakout” bagi berinteraksi bersama-sama usahawan yang telah berjaya dalam Rakan Jihad Bisnes, ‘Business Matching’ dan tayangan produk masing-masing.

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abu Azam Md Yassin, selaku Timbalan Presiden HALUAN akan menyampaikan ucapan aluan dan dijangkakan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, selaku Presiden DPIM akan merasmikan seminar ini.

Menurut pengerusi Kelab Usahawan HALUAN, Encik Ibrahim Abu Bakar, “kita bukan sahaja hajat untuk melahirkan usahawan-usahawan yang dapat membentuk satu pasukan yang mampu berdikari, tetapi juga mereka yang akan membantu kerja-kerja pendidikan, kemasyarakatan dan kemanusiaan untuk jangka masa panjang.”

Penyertaan terbuka kepada SEMUA para usahawan kecil dan sederhana, para pelajar dan wakil-wakil koperasi seluruh negara.

Mereka yang berminat boleh mendaftar secara online di http://bit.ly/seminarjus, atau hubungi +6 03 – 5566 8480 (Pejabat), +6 012 – 6833 048 (Pn Azlin) atau email ke events.dpim@gmail.com, tempat adalah terhad. Tarikh akhir pendaftaran online adalah pada 29 Januari 2016, Jumaat.

Pendaftaran Online
Facebook Page


Laporan mediaHALUAN