fbpx

600 hadiri Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN Ke-30

600 hadiri Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN Ke-30

600 hadiri Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN Ke-30

BANDAR BARU BANGI, 30 Nov 2019 — Lebih 600 orang perwakilan, pemerhati dan tetamu menghadiri Mesyuarat Tahunan Perwakilan (MTP) HALUAN Ke-30 yang sedang berlangsung di  sini.

Mesyuarat selama tiga hari itu bermula semalam di mana peserta daripada semua cawangan HALUAN dan juga pejabat HALUAN di luar negara mula tiba. MTP kali ini, bersempena ulang tahun ke-30 penubuhan HALUAN, membawa tema “Islam, Kepimpinan dan Cabaran”.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Dato’ Dr. Hussamuddin Yaacub pada petang ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Induk MTP, Sr. Mohd Sabbri Md Yudin, Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab. Rahman, akan membentangkan Ucapan Dasar dan.mesyuarat kali ini akan berakhir esok. Selain daripada aturcara Mesyuarat Agung, beberapa sesi lain akan turut diadakan. Antaranya adalah perkongsian pengalaman tokoh-tokoh HALUAN sejak awal penubuhan HALUAN. 

Bersempena perjumpaan tahunan ini juga, HALUAN menyediakan program-program khas untuk golongan remaja dan anak-anak.
_
Laporan Biro Penerangan HALUAN