fbpx

UNITEN Sumbang Dana Untuk Pelarian Syria

UNITEN Sumbang Dana Untuk Pelarian Syria

UNITEN Sumbang Dana Untuk Pelarian Syria

BANGI, 16 Nov 2019 – HALUAN adalah antara empat buah NGO yang telah menerima sumbangan dana daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) untuk program misi bantuan kemanusiaannya.

Majlis penyerahan cek berkenaan telah diadakan di Masjid UNITEN selepas solat Jumaat semalam oleh Naib Canselor UNITEN, Datuk Prof. Dr Ir Kamal Nasharudin Mustafa.

“Dana ini adalah hasil sumbangan pelajar, staf dan masyarakat sekitar melalui tabungan tetap di masjid UNITEN sejak awal tahun ini,” menurut Pengarah Pusat Islam UNITEN, Ustaz Dzulkefli Zainal Abidin.

HALUAN yang diwakili oleh Ketua Biro Misi Kemanusiaan, Dr Baharudin Suri, menerima cek bernilai RM10,000 pada majlis tersebut. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga UNITEN yang turut prihatin dengan apa yang sedang dialami oleh jutaan pelarian Syria yang akan menempuhi getir musim sejuk tidak lama lagi.

“HALUAN memberi bantuan berterusan kepada mereka melalui pusat pendidikan anak-anak Syria di sempadan Turki-Syria selain bantuan keperluan makanan, bahan pemanas dan selimut kepada pelarian yang masih tinggal di khemah di musim sejuk ini,” ujar Dr Baharudin.

Ustaz Dzulkefli berkata Pusat Islam universiti berkenaan amat mengalu-alukan pihak HALUAN untuk mengadakan perkongsian pengalaman aktiviti kemanusiaannya dengan warga UNITEN.

Tiga lagi NGO yang turut menerima sumbangan berkenaan adalah IRM, MyCare dan Aman Palestin.

Anda boleh turut bersama menyumbang melalui kempen di bawah:-

Warmth For Syria

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Projek Pusat Pendidikan Komuniti Syria

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

__
Laporan Muhammad ‘Izzat Mohd Ghani, Setiausaha Kerja 4