fbpx

50 Peserta Ikuti Seminar Modal Insan Ke-2 (SEMAI)

50 Peserta Ikuti Seminar Modal Insan Ke-2 (SEMAI)

50 Peserta Ikuti Seminar Modal Insan Ke-2 (SEMAI)

BANGI, 6 Oktober, 2010 – Seminar Modal Insan ke-2 yang bertemakan `Pelestarian Modal Insan Menangani Cabaran Global’ telah diadakan sejak semalam, 5hb Oktober 2010 di Kelab Golf Danau UKM, Bangi.


Seramai kira-kira 50 orang peserta termasuk pembentang kertas kerja dari pelbagai IPTA dan IPTS seluruh negara terlibat dalam seminar pada kali ini.

Seminar ini adalah anjuran Akademi Penyelidikan Haluan (APH) dengan kerjasama Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM.)

Upacara perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Ukhuwah, Bahagian Dakwah JAKIM, Ustaz Haji Abdul Nasir bin Ahmad. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Lembaga Pengarah KTD, Prof. Dato’ Dr. Ir. Abu Azam, Prof. Madya Dr. Nik Mu’tasim Abd Rahman selaku Penasihat SEMAI 2 dan Pengerusi Akademi Penyelidikan HALUAN, Prof. Dr. Ismail Ahmad.

Sesi pagi seminar dimulakan dengan penyampaian ucaptama yang disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Ir. Dr. Mohd Jailani. Dalam ucapannya, beliau menyebut bahawa tahap perolehan sesuatu ilmu yang dipelajari boleh dibahagikan kepada beberapa hirarki, iaitu mengetahui, memahami, Mengenali, menghayatu atau pembudayaan, hikmah iaitu rahsia disebalik sesuatu yang zahir, dan makrifat ataupun menanggapi hakikat ilmu. “Ilmu itu adalah apa yang anda amalkan,” ujar beliau.

Sesi petang menyajikan ucaptama kedua yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Hj. Nik Hassan. Datuk Nik Mustapha menyentuh bahawa ramuan modal insan yang utama ialah keperluan kepada pembangunan sikap, etika dan peningkatan profesional. Menurut beliau, dengan adanya tiga ramuan ini, prestasi kerja akan meningkat.

Empat sesi selari telah dijalankan pada hari pertama seminar, di mana sebanyak 16 kertas kerja berkaitan pendidikan modal insan dan modal insan menurut perspektif Islam dibentang.

Adalah diharapkan segala ilmu yang diperolehi dalam seminar ini dapat membuka minda para peserta agar dapar berperanan membangunkan  `Pelestarian Modal Insan Menangani Cabaran Global’.