fbpx

495 Warga Palestin Di Tangkap Sepanjang September

495 Warga Palestin Di Tangkap Sepanjang September

495 Warga Palestin Di Tangkap Sepanjang September

4 Okt, Jerusalem – Sebuah laporan statistik yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tertinggi Nasional Palestin untuk menyokong tahanan penjara Israel mengatakan pasukan pendudukan Israel telah meningkatkan tindakan mereka di sepanjang September lalu dengan penangkapan terhadap warga Palestin, yang sehinggat setakat ini sejumlah 485 orang ditangkap, sebahagian besar dari Baitulmuqaddis yang diduduki. Laporan yang dikeluarkan pada hari Ahad (3/10) mengatakan tentera Israel pada bulan lalu menangkap 485 warga Palestin, termasuk tiga wanita dan sekitar  90 anak-anak di bawah umur.

Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun ditahan selama sepuluh hari terhadap keputusan ketenteraan untuk memisahkan dirinya dari rumahnya selama lima bulan. Aktivis asing juga dilaporkan telah ditangkap di Palestin. Seorang aktivis dari Amerika Syarikat dan seorang lagi dari Britain ditahan ketika berhimpun untuk memprotes dinding pemisahan dan perampasan tanah Palestin di Bil’in. Pengurus Jawatankuasa Media bagi tahanan Palestin, Riyadh Ashqar mengatakan kuasa penjara Israel terus melanggar kod hak asasi manusia bulan lalu kerana gagal untuk memberikan rawatan yang diperlukan untuk beratus-ratus kes penyakit yang telah merebak di antara tahanan Palestin. (pic)