fbpx

281 Lepasan SPM Warnai HiMEGA2012

281 Lepasan SPM Warnai HiMEGA2012

281 Lepasan SPM Warnai HiMEGA2012

BANGI, 21hb April 2012 — Seramai 281 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menghadiri program Hijrah Menara Gading 2012 (HiMEGA2012) yang dianjurkan oleh Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Sarjana Muda (PERSADA) di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Program yang menyediakan platfom untuk perkongsian pengalaman dengan pelajar universiti ini menekankan tentang kecemerlangan akademik dan akhlak kepada mahasiswa Muslim untuk dijadikan bekalan memasuki alam pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT.)

HiMEGA2012 telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’Hj. Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) merangkap ahli kehormat HALUAN Malaysia. Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato’ Hj. Wan Mohamad menasihatkan supaya semua peserta melengkapkan diri dengan persedian rapi sebelum menjejak ke menara gading. Persediaan yang dimaksudkan termasuklah persediaan fizikal, intelektual dan rohaniah demi melahirkan generasi yang cemerlang dengan ditunjangi keimanan yang mantap.
“Nilai diri yang paling penting dan mesti digilap adalah nilai ruhiyyah, kerana nilai inilah yang membawa kepada kecemerlangan dari segala aspek,” kata beliau.

Turut hadir di majlis perasmian adalah Ketua Bahagian Pembangunan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS.)

Pengarah Program HiMEGA 2012, Mohamad Muhsin Mohamad Suhor melahirkan rasa sangat gembira kerana melihat para peserta memberikan komitmen yang baik sejak hari pertama aktiviti dijalankan, walaupun mereka bertemu hanya buat pertama kali. “Semoga HIMEGA2012 dapat memberi penjelasan kepada para peserta mengenai IPT, terutamanya berkenaan cabaran-cabaran di IPT dan pemilihan jurusan yang sesuai tidak melakukan kesilapan,” kata beliau.