fbpx

HALUAN Agih Pek Makanan Ramadan Untuk Penduduk Orang Asli

HALUAN Agih Pek Makanan Ramadan Untuk Penduduk Orang Asli

HALUAN Agih Pek Makanan Ramadan Untuk Penduduk Orang Asli

TASIK BANDING, PERAK, 1 Apr 2024 – Program Sejuta Barakah Ramadan (SBR) adalah program tahunan sepanjang bulan Ramadan anjuran HALUAN yang diadakan sejak tahun 2011 untuk mengumpul dana bagi membantu mereka yang amat memerlukan. Hasil sumbangan masyarakat ini akan diagihkan kepada para asnaf serta mereka yang memerlukan di dalam dan luar negara termasuklah mangsa serangan tentera zionis di Gaza. Penduduk orang asli tempatan tidak terkecuali menerima manfaatnya.

Semalam lima orang relawan HALUAN yang diketuai Bendahari HALUAN cawangan Pulau Pinang, Encik Zulkifli Ismail berkunjung ke Rancangan Penempatan Semula (RPS) Orang Asli di Kampung Air Banun untuk mengagihkan sumbangan berupa beras dan gula untuk 35 keluarga, iaitu untuk lebih 100 orang penduduk di situ.

Mengikut Tok Batin kampung berkenaan, Encik Ceknekleg, penduduk kampung sangat berbesar hati atas sumbangan HALUAN itu di mana ia serba sedikit dapat membantu mereka melalui kehidupan sepanjang bulan Ramadan. Projek bantuan kebajikan di Air Banun merupakan sebuah projek jangka panjang HALUAN dalam meningkatkan kelestarian penduduk kampung dalam pengetahuan agama, ekonomi, pendidikan dan kesihatan.

Orang ramai yang ingin berganding menjayakan projek ini boleh menyumbang melalui akaun HALUAN cawangan Pulau Pinang seperti berikut:

Nama akaun: Pertubuhan Himpunan Lepasan Institut Pendidikan Malaysia Cawangan Pulau Pinang
No. akaun: 5572 5506 2982
Bank: Maybank Islamic Berhad.

Sila hantarkan slip bayaran sumbangan ke talian 019 464 4357.

Laporan Abdul Halim Khudri,
Ketua Biro Kebajikan HALUAN