fbpx

“Back 2 School” Untuk Murid Sekolah Rendah di Kedah

“Back 2 School” Untuk Murid Sekolah Rendah di Kedah

“Back 2 School” Untuk Murid Sekolah Rendah di Kedah

ALOR SETAR, 21 Mac 2024 – HALUAN dengan kerjasama Yayasan MATRI telah menganjurkan Majlis Sumbangan Program “Back 2 School” di Sekolah Rendah Islam Ummi (SeRU) di sini. Program ini telah mendapat sokongan daripada penaja utama, Telekung Rawdah, yang merupakan penaja kategori Perak.

Majlis yang disempurnakan oleh YDP HALUAN Kedah, Encik Abdul Kadir Mahamood bertujuan  membantu murid golongan B40 dan anak-anak ibu tunggal. Antara objektif utama program ini termasuk memberikan bantuan wang tunai dan pek makanan kepada keluarga yang memerlukan serta menyantuni keluarga mereka. 

Turut menyaksikan majlis ini adalah beberapa tetamu penting termasuk Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah SeRU, Encik Ahmad Suhaimi Yusof, Pengurus Besar Koperasi Pembangunan Insan, Encik Ismail Ibrahim, dan Penasihat Biro HALUANITA Kedah, Puan Aziyan Baharom.

Program ini telah menyalurkan bantuan kepada 20 orang murid di kategori B40 dan tujuh orang anak-anak ibu tunggal demi memberikan mereka harapan dan sokongan dalam menghadapi cabaran pendidikan.

Majlis sumbangan ini bukan hanya memberi bantuan material tetapi juga melambangkan semangat gotong-royong dan kebersamaan dalam membantu masyarakat yang memerlukan. Ia merupakan contoh yang baik bagi usaha-usaha kerjasama antara badan-badan bukan kerajaan, syarikat, dan komuniti dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik.