fbpx

SR TAHZIIB Rai Pelajar Kategori Keluarga B40

SR TAHZIIB Rai Pelajar Kategori Keluarga B40

SR TAHZIIB Rai Pelajar Kategori Keluarga B40

PULAU PINANG, 24 Mac 2024 – Sekolah Rendah Tahfiz Integrasi Ibrah (SR TAHZIIB) menjadi tempat yang penuh berkat pada Ahad lepas apabila menganjurkan Program Iftar Jama’i yang tidak hanya melibatkan guru dan pelajar tetapi juga waris, Lembaga Pengelola, serta jiran-jiran berdekatan dengan kehadiran sekitar 180 orang.

Antara acara penting dalam program tersebut adalah penyampaian sumbangan daripada projek “Program Back 2 School” yang merupakan anjuran HALUAN dengan kerjasama Yayasan MATRI serta tajaan oleh penaja Perak, Telekung Rawdah. Objektif program ini adalah memberikan bantuan wang tunai serta menyantuni murid daripada keluarga B40 dalam persiapan mereka kembali ke sekolah.

Majlis perasmian dan penyampaian sumbangan disempurnakan YDP HALUAN Pulau Pinang, Encik Iznan Husainy Hasbullah. Turut hadir adalah beberapa orang ahli HALUAN yang menyokong penuh inisiatif ini.

Empat orang pelajar berasal daripada keluarga B40 di Tahun 5 dan 6 telah menerima sumbangan tersebut. Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan keluarga mereka serta memberikan semangat kepada pelajar untuk terus berusaha dalam pendidikan.

Program ini tidak hanya sekadar memberikan bantuan kewangan tetapi juga menjadi satu wadah untuk menyatukan komuniti sekolah dan masyarakat setempat dalam usaha ke arah pendidikan yang lebih berkualiti dan inklusif. Semoga sumbangan ini dapat memberi impak positif kepada kehidupan pelajar-pelajar B40 dan keluarga mereka.

Laporan Nur Farhana Abdul Pata

Setiausaha Kerja (Wanita dan Pembangunan Keluarga) 2