fbpx

HALUAN Johor Laksana Projek “Back 2 School” Untuk B40

HALUAN Johor Laksana Projek “Back 2 School” Untuk B40

HALUAN Johor Laksana Projek “Back 2 School” Untuk B40

SIMPANG RENGGAM, 1 Apr 2024 – Majlis sumbangan projek “Back 2 School” Johor yang dianjurkan HALUAN dengan kerjasama Yayasan MATRI telah menyerahkan bantuan wang tunai kepada 10 orang murid daripada keluarga kategori B40 pada 28 Mac lepas.

Majlis berimpak besar dalam membantu golongan miskin ini telah diadakan di Sekolah Rendah Islam As Syddiq di sini..

Tujuan utama projek ini adalah memberikan sokongan kepada murid-murid daripada golongan kurang berkemampuan ekonomi, khususnya mereka yang tergolong dalam kategori B40. Dengan bantuan ini, diharapkan mereka dapat melanjutkan pelajaran tanpa perlu bimbang tentang beban kewangan yang mungkin menghalang akses kepada pendidikan.

Menurut wakil HALUAN cawangan Johor, Encik Mohamad Yusuf Kaslan: “Inisiatif seperti Majlis Sumbangan Program Back 2 School Johor ini sangat penting dalam menyokong kelestarian pendidikan, terutamanya bagi golongan yang kurang bernasib baik. Melalui kerjasama bersama HALUAN dan Yayasan MATRI, kami berharap dapat memberi impak positif kepada komuniti setempat.”

Pegawai Lestari Yayasan MATRI, Encik Ahmad Thaqif Kamdani turut memberikan komitmen mereka terhadap peningkatan akses kepada pendidikan. “Kami berbangga dapat menyumbang kepada program ini. Kami berharap penerima bantuan ini akan peroleh inspirasi untuk terus berusaha dan menjadikan pendidikan sebagai landasan mencapai kejayaan masa hadapan.”

Program seperti itu bukan setakat memberi bantuan secara material tetapi juga mengukuhkan nilai-nilai kebersamaan dan kepedulian dalam masyarakat. Harapannya, inisiatif sebegini akan terus dijalankan dan memberi impak positif yang berterusan kepada golongan yang memerlukan, khususnya dalam bidang pendidikan.

—-
Laporan Nur Farhana Abdul Pata
Setiausaha Kerja (Wanita dan Pembangunan Keluarga) 2