fbpx

HALUANITA Putrajaya Sumbang Pek Makanan Pra-Aidil Fitri Kepada Keluarga Miskin

HALUANITA Putrajaya Sumbang Pek Makanan Pra-Aidil Fitri Kepada Keluarga Miskin

HALUANITA Putrajaya Sumbang Pek Makanan Pra-Aidil Fitri Kepada Keluarga Miskin

PUTRAJAYA, 4 April 2024 – Seramai 60 wakil keluarga kurang berkemampuan telah menerima bantuan program ‘Sumbangan Pek Makanan Sejuta Barakah’ dalam usaha HALUANITA Putrajaya meringankan beban wanita dan ibu-ibu tunggal daripada kalangan keluarga susah seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Pengagihan sumbangan dilakukan di rumah-rumah penerima serta lokasi yang dipersetujui oleh penerima dan wakil. Seramai 16 ahli HALUANITA Putrajaya dan tiga orang wakil Persatuan Wanita Inovasi dan Dinamik (PEWADI) telah terlibat.

Program ini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat dan turut dihargai oleh penerima bantuan yang merasa terbantu dengan sumbangan tersebut. Sumbangan ini tidak hanya membawa bantuan makanan, tetapi juga memberikan semangat dan harapan kepada keluarga yang memerlukan itu untuk cekal menghadapi ujian kehidupan ini.

HALUAN berharap program ini menjadi titik permulaan bagi perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik bagi keluarga-keluarga berkenaan.

Haluanita Putrajaya dan PEWADI berazam untuk meneruskan usaha membantu masyarakat yang memerlukan dalam komuniti, serta mengajak semua pihak untuk turut serta menyokong program-program yang membawa manfaat kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Dengan usaha bersama, kita dapat membawa sinar kebahagiaan kepada mereka yang terdesak dan memerlukan. Kecil bagi kita, tetapi besar impaknya buat yang menerimanya.


Laporan Nur Farhana Abdul Pata
Setiausaha Kerja (Wanita dan Pembangunan Keluarga) 2