fbpx

Projek “Back 2 School” Bantu Pelajar B40 dan Anak Ibu Tunggal

Projek “Back 2 School” Bantu Pelajar B40 dan Anak Ibu Tunggal

Projek “Back 2 School” Bantu Pelajar B40 dan Anak Ibu Tunggal

SHAH ALAM, 4 Mac 2024 – Projek sumbangan “Back 2 School” yang dianjurkan oleh HALUAN dengan kerjasama Yayasan MATRI ternyata berkesan membantu murid B40 serta anak-anak keluarga ibu tunggal dalam membuat persediaan menyambut sesi tahun baharu persekolahan.

Semalam telah berlangsung penyerahan bantuan itu di Sekolah Rendah Ibn Khaldun di sini.

Majlis agihan sumbangan yang berlangsung itu memanfaatkan 39 orang murid kategori B40 serta tiga anak kepada ibu tunggal. Sumbangan berkenaan diharapkan dapat meringankan beban keluarga-keluarga tersebut dalam memenuhi keperluan asas pendidikan anak-anak mereka.

Majlis telah dirasmikan oleh Naib Presiden 6 HALUAN, Dr. Zurina Muda selaku pengarah projek “Back To School” 2024. Majlis dihadiri oleh beberapa wakil HALUAN serta Yayasan MATRI yang turut membuat serahan sumbangan kepada penerima yang berhak. Antara wakil yang hadir termasuk Pengarah Urusan Yayasan MATRI, Puan Alfiah Samingan; dan Yang Dipertua HALUAN Selangor, Hj. Hamdan Mokhtar.

Dalam ucapan ringkasnya, Dr. Zurina menyatakan bahawa inisiatif seperti ini penting bagi membantu golongan yang memerlukan, terutama dalam memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang yang sama dalam pendidikan. Beliau juga mengalu-alukan kerjasama daripada Yayasan MATRI serta pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Projek sumbangan “Back 2 School” ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada golongan yang memerlukan serta menyemai semangat kebaikan dalam masyarakat setempat.

Projek ini telah mendapat Tajaan Perak daripada Syarikat Telekung Rawdah. Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penaja dan penyumbang yang terlibat.


Laporan Nur Farhana Abdul Pata
Setiausaha Kerja (Wanita dan Pembangunan Keluarga) 2