fbpx

30 Sertai Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar

30 Sertai Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar

30 Sertai Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar

SEBERANG PERAI, 25 Feb 2024 – Seramai 30 orang peserta terpilih dari seluruh negeri Pulau Pinang akan mengikuti kursus intensif dalam bidang Peruncitan dan Pemasaran Dalam Talian bawah kendalian Biro Profesional HALUAN selama seminggu.

Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2024 ini adalah program tahunan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT Malaysia) di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PBKB) sejak 2013.

Biro Profesional HALUAN yang diterajui Dr. Mohd Razali Maarof akan membimbing dan memantau semua peserta selama enam bulan selepas tamat kursus berkenaan.

Majlis perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Penolong Setiausaha Kanan, cawangan Peningkatan Sosio Ekonomi KPKT, Puan Siti Fateha Khairudin. Naib Presiden 3 HALUAN, Sr. Baderol Allam Awang telah menyampaikan ucapan aluan mewakili HALUAN Malaysia.

Turut hadir adalah Ketua Biro Usahawan HALUAN, Ar. Uzir bin Abd Majid; Ketua Bahagian Penerbitan HALUAN, Dr. Asmawati Desa; YDP HALUAN cawangan Pulau Pinang, Encik Iznan Husainy Hasbullah; Timbalan YDP HALUAN Cawangan Pulau Pinang, Ustaz Abdul Rahhim Abdul Wahab; dan Bendahari HALUAN cawangan Pulau Pinang, Encik Zulkifli bin Ismail.


Laporan Muhammad Mus’ab Sa’ari, Setiausaha Kerja HALUAN.