fbpx

YADIM Jemput HALUAN ke Pertemuan Bersama Timbalan Menteri

YADIM Jemput HALUAN ke Pertemuan Bersama Timbalan Menteri

YADIM Jemput HALUAN ke Pertemuan Bersama Timbalan Menteri

PUTRAJAYA, 21 Feb 2024 – HALUAN telah dijemput oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke sesi pertemuan bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Zulkifli Hasan.

Tiga perwakilan HALUAN diketuai Naib Presiden 6, Dr. Zurina Muda telah hadir di pertemuan itu. Turut hadir adalah, Setiausaha Kerja Kanan, Puan Ummu Hani Nasaruddin, serta Setiausaha Kerja 2 daripada Kluster Wanita dan Pembangunan Keluarga (WPK), Cik Nur Farhana Abdul Pata.

Sesi pertemuan ini bertujuan mewujudkan hubungan antara kerajaan dan NGO-NGO terutamanya NGO Wanita Islam. Majlis Wanita Islam YADIM atau singkatannya MAWIM adalah badan di bawah YADIM yang diamanahkan menjadi penghubung antara NGO-NGO Wanita Islam dan kerajaan.

Acara tersebut telah berlangsung diadakan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di sini, Putrajaya. Turut dijemput bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain seperti Mawaddah Malaysia, Salwa Malaysia, Persatuan Wanita Islam Malaysia dan banyak lagi.

MAWIM yang dipengerusikan oleh Prof. Ts. Dr Zuriati Zukarnain telah diamanahkan sebagai salah satu pelaksana agenda Malaysia Madani iaitu ‘Pembangunan Modal Insan’ yang memerlukan hubungan kerjasama NGO-NGO di Malaysia.

Acara berkenaan berlangsung dengan sesi perkongsian projek-projek yang dijalankan oleh NGO masing-masing serta mengutarakan pendapat mereka mengenai isu-isu masyarakat terkini di Malaysia.

Laporan Nur Farhana Abdul Pata
Setiausaha Kerja 2 (Kluster Wanita dan Pembangunan Keluarga)