fbpx

Bantuan Makanan dan Pakaian Sejuk Terus Diagihkan di Gaza

Bantuan Makanan dan Pakaian Sejuk Terus Diagihkan di Gaza

Bantuan Makanan dan Pakaian Sejuk Terus Diagihkan di Gaza

BANDAR BARU BANGI, 6 Mac 2024 — HALUAN dengan kerjasama NGO tempatan di Gaza, Al-Sarra Foundation, meneruskan usaha membantu mangsa kekejaman tentera zionis dengan mengagihkan bantuan keperluan asas walaupun serangan masih berterusan dan suasana sangat tidak selamat.

Sepanjang bulan Februari lalu, sukarelawan melaksanakan agihan di lokasi-lokasi khemah dan penempatan sementara yang boleh diakses termasuk di wilayah utara yang umumnya dikepung oleh tentera rejim dan terdedah kepada serangan pada bila-bila masa. Antara bantuan yang berjaya disampaikan termasuklah pakaian musim sejuk untuk kanak-kanak daripada keluarga yang tinggal di pusat perlindungan di utara Gaza.

Sementara itu wang tunai turut agihkan kepada mereka yang cedera serta kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berlindung dalam khemah.

Di wilayah selatan Gaza pula, HALUAN bersama Al-Sarra Foundation mengusahakan “Projek Charity Loaf” untuk menghasilkan dan mengagihkan roti kepada penduduk yang menumpang di pusat perlindungan.

Menurut Ketua Biro HALUAN Palestin, Ustaz Muhammad Umar Aiman Osman, agihan bantuan akan diteruskan melalui kerjasama sukarelawan tempatan di Gaza di samping usaha bantuan yang lebih tersusun termasuk dalam sektor perubatan melalui gabungan NGO Malaysia dan Kementerian Luar Negeri di bawah Ops Ihsan.

Sepanjang Ramadan nanti, HALUAN akan menganjurkan bantuan berbuka puasa dan bekalan pek makanan asas. Anda juga boleh turut menyumbang meringankan sengsara umat Islam dan Kristian Palestin yang menjadi mangsa kekejaman zionis Israel secara dalam talian melalui capaian berikut:

Gaza Emergency Appeal 2023-2024

Laporan Muhammad Mus’ab Saari
Setiausaha Kerja Kanan HALUAN