
Hadiahkan Rumah HALUAN Prihatin di Sulawesi
DONGGALA, SULAWESI, 1 Nov 2018 – Gendang derma ikhlas sudah dipalu. HALUAN melalui kerjasama NGO tempatan PKPU di sini telah mengenalpasti beberapa kawasan yang akan dibangunkan rumah sementara untuk mangsa bencana gempabumi dan tsunami yang melanda kepulauan besar ini pada 28 September lepas.
Data menunjukkan hampir 68,451 keluarga telah hilang tempat tinggal dan kini terpaksa tinggal di khemah-khemah bantuan di mana siangnya kepanasan, malamnya kedinginan.
Rumah HALUAN Prihatin ini adalah penginapan sementara fasa pertama hasil derma rakyat Malaysia melalui HALUAN yang terletak di Keluhuran Boya, Kecamatan Banawar, Kabupaten Donggala.
Keluhuran Boya ini adalah kawasan yang dilaporkan sebanyak 31 buah rumah telah tenggelam sedalam 30 meter ke dasar di kawasan muara sungai. Seramai 22 orang dewasa dan 19 kanak-kanak telah maut manakala 12 orang lagi masih belum ditemui.
“HALUAN akan membina rumah sementara di sini bagi menempatkan 12 keluarga. Sumbangan penderma amatlah diperlukan. Rumah sementara daripada kayu dan zinc ini berkeluasan 12 x12 kaki berharga sekitar RM2,500 sebuah. Rumah ini lebih kondusif dengan menggunakan bumbung zinc dan berdindingkan plywood berbanding dengan keadaan sekarang ini di mana mereka tidur di dalam khemah. Kita mampu membina 12 buah rumah dalam tempoh seminggu, kita akan bina banyak lagi, namun derma masyarakat prihatin Malaysia amat diperlukan,” rayu Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Dr Baharudin Suri yang berada di lokasi.
Orang ramai yang ingin membantu boleh turut menghulurkan derma melalui pautan
Rumah HALUAN Prihatin Donggala
Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.
atau
Tabung Kebajikan Dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Islamik
562263502611
Whatsapp [Nama, #RumahPrihatin & resit] ke http://www.wasap.my/60103005141
–
Laporan mediaHALUAN







