
BHF Perak Belikan Baju Raya Mualaf
IPOH, 2 Jun 2018 – Hujung Ramadan lepas merupakan tanggal yang tidak dapat dilupakan oleh mualaf-mualaf cilik di sini. Hari itu mereka merasa teruja kerana telah dibawa membeli belah pakaian hari raya yang dipilih sendiri mengikut citarasa mereka.
Program ini merupakan kesinambungan program mualaf cilik yang dianjurkan oleh Biro HALUAN Fitrah (BHF) Perak dengan kerjasama Global Life Centre.
“Jika pada bulan Mei lepas merupakan hari kami menziarahi mereka dengan menyampaikan bakul makanan, kali ini pula kami meraikan anak-anak mualaf ini membeli baju raya. Mereka diiringi oleh ahli-ahli Biro HALUAN Fitrah Ipoh dan ahli- ahli Global Life Centre,” berkata Ketua BHF Perak, Dr Kursiah Razali.
Mereka dibawa ke pusat membeli-belah ‘Mydin Meru’ untuk memilih pakaian idaman mereka. Para sukarelawan telah membantu mereka memilih baju kesukaan mereka dan proses ini mengambil masa dua jam lebih.
Dr. Kursiah menambah, “kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang derma yang telah merealisasikan hajat anak-anak ini. Pada hari raya tahun ini mereka dapat memakai pakaian baharu pilihan hati mereka sendiri.”
—
Laporan BHF Perak



yang di atas lantai.