fbpx

Kelab Siswa HALUAN KUIS Berbuka Bersama Warga AHP

Kelab Siswa HALUAN KUIS Berbuka Bersama Warga AHP

Kelab Siswa HALUAN KUIS Berbuka Bersama Warga AHP

SHAH ALAM, 2 Jun 2018 – Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah mengadakan program berbuka puasa bersama warga Asrama Haluan Penyayang (AHP) Darul Miftah As-Sa’adah di sini melibatkan 30 orang ahli HALUANSiswa KUIS dan 45 orang pelajar dan kakitangan warga AHP.

Ahli HALUANSiswa KUIS telah berkumpul di kampus bagi sesi pendaftaran dan seterusnya bertolak ke AHP. Setelah tiba di sana, pasukan tersebut telah melakukan sedikit senaman ringan dan seterusnya memperkenalkan setiap ahli HALUANSiswa KUIS kepada peserta.

Slot pertama bersama adik-adik penghuni adalah perkongsian mengenai kehidupan sebagai kanak-kanak sehingga remaja yang telah dipengerusikan oleh Encik Ahmad Thaqif Kamdani dan dua orang ahli panel iaitu Muhammad ‘Ali Ibrahim dan Nadhirah Mohd Rubani. Pada sebelah petang, pasukan KUIS melakukan sedikit gotong-royong secara kecil-kecilan dan bersiap-siap untuk berbuka puasa, diikuti dengan solat maghrib, isya’ dan tarawikh secara berjamaah.

Majlis penutup dilakukan di mana HALUANSiswa KUIS telah memberi sumbangan yang telah disediakan oleh Radiusite Sdn. Bhd. daripada syarikat baju dan pelbagai tudung, Nurul Bazlin, Kasmani dan banyak lagi sumbangan yang diberi oleh individu dan sumbangan berupa duit raya kepada peserta serta barangan mentah kepada pihak asrama.

Program berbuka puasa ini adalah program pertama HALUANSiswa KUIS bersama warga AHP. Antara objektif program ini adalah bagi mengeratkan silaturrahim di antara penghuni AHP dan juga ahli kelab. Menurut pengarah program, Encik Amir Huzaif Amir Hussain, program sebegini bukan sahaja dapat merapatkan ukhuwah malah melatih mahasiswa untuk turun menyumbang tenaga, masa dan harta untuk kepentingan orang lain dan membawa kesedaran untuk bangkit daripada keselesaan di atas kesusahan masyarakat.

Salah seorang kakitangan AHP, Encik Shahril Ramli berkata, “kami amat mengalu-alukan kedatangan mahasiswa untuk bersama-sama melakukan aktiviti dengan pelajar di sini dan mereka amat seronok dengan suntikan motivasi abang-abang dan kakak-kakak mahasiswa dari luar. Kami ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi turun bersama melakukan program dengan kami.”

__
Laporan Ithar Hanani Mohd Zaki, Amir Huzaif Amir Hussain
Setiausaha HALUANSiswa KUIS

Ahli-ahli HALUANSiswa KUIS
Amir Huzaif (kanan) selaku pengarah menyampaikan cenderahati kepada mudir AHP, En Anas Husin
Amir Huzaif (pengarah) menyampaikan hadiah kepada pemenang
HALUANSiswa KUIS bersama warga AHP
Menunggu berbuka puasa
Pembahagian kumpulan
Pengagihan sumbangan untuk dibawa ke AHP
Permainan dalam kumpulan
Permainan dalam kumpulan
Puan Zainab Aman, Penasihat HALUANSiswa KUIS dan ahli Siswi bergambar bersama pelajar perempuan AHP
Sesi taaruf bersama kepimpinan HALUANSiswa