fbpx

HALUAN Bantu Asnaf Jalan Kebun

HALUAN Bantu Asnaf Jalan Kebun

HALUAN Bantu Asnaf Jalan Kebun

SHAH ALAM, 3 Jun 2018 – HALUAN terus bergiat menyalurkan sumbangan kepada masyarakat asnaf di Kampung Jalan Kebun di sini semasa program ziarah Ramadan yang lalu.

Seramai 14 buah keluarga menerima sumbangan agihan pek Ramadan berbentuk barangan keperluan asasi bertujuan menyantuni dan membantu meringankan beban golongan asnaf terlibat. Program sepetang anjuran Biro Kebajikan HALUAN Cawangan Selangor itu mendapat sambutan yang sangat baik daripada penerima sumbangan.

“Kami berhasrat membantu memenuhi keperluan ahli masyarakat yang kurang bernasib baik. Menyuntik sedikit semangat, rasa dihargai serta sedikit kegembiraan di hati penerima. Juga memenuhi tanggungjawab sosial HALUAN yang berbentuk setempat,” berkata Ketua Biro Kebajikan HALUAN Cawangan Selangor, Encik Mohd Yusoff Mustafa.

“Harapan saya adalah jika ia dapat dilakukan secara berkala berdasarkan keperluan penerima, melihat kepada permasalahan penerima yang boleh membimbing mereka untuk usaha berdikari. Juga peranan HALUAN sebagai koordinator penghubung penerima dengan badan-badan penyumbang lain sama ada kerajaan atau NGO yang memberikan bantuan atau sumbangan dalam bentuk seperti kesihatan, pendidikan atau peluang pekerjaan yang boleh meningkatkan jati diri penerima dan keluarga mereka,” tambah beliau.

__
Laporan Biro Kebajikan HALUAN Selangor

Keluarga Nurasiti Lorong Sharkawi
En. Zainal Abdul Rahman di Lorong Abdullah
En. Tamsir Kalam Lorong Abdullah
En. Sharani Subari, Lorong Abdullah
En. Saary, Lrg Sharkawi