fbpx

Solat Membentuk Sahsiah Unggul

Solat Membentuk Sahsiah Unggul

Solat Membentuk Sahsiah Unggul

NILAI, 31 Mei 2014 – Kelab Siswa HALUAN dengan kerjasama Mahasiswa Tahun Dua Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Kem Smart Solat bertempat di Surau Al-Muhajirin, Taman Desa Kasia, Nilai Negeri Sembilan pada 31 Mei lepas.

Program bertema “Solat Membentuk Sahsiah Unggul” itu telah disertai 33 orang peserta berumur daripada tujuh hingga 12 tahun.

Program ini diadakan khusus bagi pelajar-pelajar sekolah rendah supaya mereka dapat dididik dan dibentuk daripada awal tentang kepentingan solat dan cara menunaikan solat dengan betul. Ia juga bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan kanak-kanak dalam amali solat yang menjadi keutamaan sebagai seorang muslim dan melatih mereka menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah dengan sempurna.

Selain itu, program ini memainkan peranan yang penting dalam membentuk generasi muda yang taat dan patuh kepada Allah serta melaksanakan segala perintahNya.

Kem Smart Solat ini membawakan Ustaz Basyir Ramli dan Ustaz Khair sebagai penceramah jemputan dan dibantu oleh pelajar perakaunan USIM.

Pengarah program, Encik Aiman Nasaruddin berkata kem pada kali ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta berharap ia akan diteruskan pada masa akan datang. Ini kerana masih ramai lagi murid sekolah rendah yang masih tidak tahu bagaimana menunaikan solat dengan betul.

Laporan oleh Setiausaha Kem Smart Solat, Ustaz Basyir Ramli