
RISE Mantapkan Latihan Street Dakwah
PARIT BUNTAR, 6 Julai, 2014 – Reverts & Islam Information Centre (RISE) Zon Utara di bawah kelolaan Kelab HALUAN Fitrah (KHF) telah mempersiapkan ahlinya dengan menjalankan latihan dalaman Street Dakwah di pusat RISE, Parit Buntar.
KHF telah menjemput khas Ustaz Abdul Malek Abdullah seminggu sebelum melaksanakan projek praktikal berkenaan di bawah kelolaan Majlis Dakwah Pulau Pinang (MDPP) bersempena Global Dakwah Day di Pulau Pinang. Ustaz Malek seorang aktivis dakwah kepada non-Muslim daripada suku kaum Kadazan Dusun dan bertugas dengan Pejabat Agama Islam Pulau Pinang.
Di samping itu, KHF juga dibantu oleh pelatih dalaman yang berpengalaman iaitu pasangan suami-isteri Dr Basir Towil dan Dr Nor Azian Hasnan yang banyak bergiat dalam aktiviti dan kursus rentas agama.
Pada hari praktikal berkenaan iaitu 7 Julai, semua peserta telah berkumpul di Masjid Seberang Jaya untuk solat zuhur bersama, diberikan taklimat oleh Bro. Kamal dari IQ, sedikit tazkirah oleh Prof. Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sedang sibuk dengan program berlainan tetapi sempat untuk memberikan semangat serta Ustaz Malek sendiri yang dengan penuh bersemangat menaikkan keyakinan pada peserta.
Dr MAZA berkata: “Semoga dengan sentuhan kita pada non-Muslim, jika mereka tidak bersyahadah pun hari ini, mungkin satu hari nanti dalam hidup mereka Allah akan membuka hidayah dengan sebab usaha kita hari ini. Dan kita kena ikhlaskan niat mencari redha Allah. Tugas kita hanya menyampaikan dengan hikmah bijaksana, Allah-lah yang akan memilih memberikan hidayahNya.”
Ustaz Malek pula berpesan: “Jangan takut dan gentar kerana kita membawa kebenaran untuk menyelamatkan manusia yang dalam keadaan jahil kepada kebenaran Islam.” Dia juga berkongsi perjalanan hidupnya yang penuh getir ketika menuju kepada hidayah Allah. Beliau seorang bekas penganut Kristian.
Seramai 18 orang peserta KHF Pulau Pinang dan Perak Utara menyertai program tersebut, peserta NGO yang paling ramai dalam satu projek Street Dakwah.
Laporan oleh Encik Ubaidillah Othman, Setiausaha Kerja Kelab HALUAN Fitrah
Dr Asri (bersongkok putih) bersama Dr Basir dalam sesi tazkirah sebelum berlepas ke lapangan dakwah Dr Basir (kiri) sebagai mentor kepada aktivis petugas Penerangan oleh Ustaz Malek berkenaan teknik Street Dakwah Relawan pelbagai NGO bersesak mendengar taklimat mentors Sebahagian relawan KHF berbaju oren bersama rakan NGO yang lain Sesi pra-praktikal untuk hilangkan gementar Sesi taklimat sebelum menjalankan Street Dakwah Setiausaha Kerja KHF, Encik Ubaidillah Mohd Khair (dua dari kanan) bersama aktivis NGO lain Taklimat sebelum bergerak dan tazkirah bersama Dr MAZA