fbpx

HALUAN Lancar Bantuan Musim Sejuk Ke Sempadan Jordan

HALUAN Lancar Bantuan Musim Sejuk Ke Sempadan Jordan

HALUAN Lancar Bantuan Musim Sejuk Ke Sempadan Jordan

BANGI, 24 November 2014 — Kem Minda Kreatif 2014 (KMK2014) sekali lagi akan muncul di seluruh negara sempena cuti persekolahan akhir tahun 2014 ini. Kem anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) ini akan dianjurkan mengikut negeri-negeri seluruh Malaysia. Antara negeri yang mengambil bahagian ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Tengah (Selangor dan Kuala Lumpur), Johor, Terengganu dan Kelantan.

KMK disifatkan sebagai kem pemprosesan lengkap dalam membina aqli, jasmani dan ruhi serta menjadi titik tolak dalam membentuk suatu kefahaman dan ksedaran bahawa iman dan kehidupan tidak boleh diasingkan dan dipisahkan.

Tema KMK2014 pada tahun ini ialah “Remaja Rabbani, Impian Syurga.” Koordinator Pusat KMK2014, Encik Ghazali Saad dipetik sebagai berkata, “KMK 2014 bermatlamatkan untuk menerapkan kefahaman hakikat kehidupan dan keimanan, mengukuhkan ibadah solat dan bacaan Al-Quran, membina kesedaran akhlak bersama ibu bapa, mengembangkan kreativiti para peserta serta membina ukhuwah dalam kalangan peserta bersama penggerak kem sepanjang masa.”

Penyertaan KMK2014 ini dibuka kepada semua remaja sekolah menengah. Pastinya KMK2014 yang hampir 12 tahun usianya ini lebih menarik kerana menampilkan pelbagai aktiviti yang sangat mencabar fizikal dan akal serta mempertingkatkan kerohanian peserta.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web KeARAH (http://kearah.haluan.org.my) atau laman komuniti Facebook KeARAH (Kelab RemajaHALUAN). Untuk poster-poster promosi KMK di negeri anda, sila rujuk bahagian Events di laman web KeARAH.

Laporan Biro Penerangan HALUAN