fbpx

HALUANSiswa Mesir Rai Hari Keluarga

HALUANSiswa Mesir Rai Hari Keluarga

HALUANSiswa Mesir Rai Hari Keluarga

KAHERAH, 27 Mac 2015 – Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Mesir telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga (FDH) bertempat di Nadi Syabab, Kaherah, Mesir. Program ini telah disertai seramai 130 orang peserta dari kalangan ahli dan kenalan. Program yang bertemakan “Gempakkan Ukhuwah Sehebat Sahabah” ini bertujuan mengukuhkan ukhuwah serta membentuk kefahaman Islam dalam diri peserta.

Program selama dua hari mulai 26 Mac itu bermula dengan pendaftaran para peserta dan sesi taklimat oleh Badan Pengurus Program. Kemudian, majlis diteruskan dengan Ucapan Perasmian oleh Yang Dipertua HALUAN Kelantan, Ustaz Mohd Noor Awang Kechik. Selesai perasmian pembukaan, para peserta mula berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing dan menjalankan aktiviti “ice breaking”.

Keesokkan harinya, para peserta berkumpul di Nadi Syabab seawal 7 pagi. Pengarah aktiviti, Encik Muhamad Syahmi Ibrahim memberikan taklimat kepada para peserta diikuti aktiviti sukaneka. Semua peserta mempamerkan semangat juang dan ukhuwah yang tinggi bagi mendapatkan kemenangan untuk rumah sukan masing-masing.

Setelah hampir tiga jam aktiviti dijalankan, Family Day HALUANSiswa Mesir ini mendekati penamatnya. Cikgu Abdullah Thaidi Hassan selaku ketua delegasi HALUAN, memberikan ucapan penutup dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Menurut Pengarah Program, Cik Ruzaini Mohd Pauzi, “Alhamdulillah program family day ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan dari para peserta. Saya rasa sangat gembira kerana program ini mencapai objektifnya iaitu untuk merapatkan ukhuwah dan mengeratkan rasa kebersamaan sesama peserta.” Beliau berharap program sebegini diteruskan supaya dapat melahirkan mahasiswa yang saling berkasih sayang kerana Allah SWT.

Laporan oleh Ku Muhamad Helmi Ku Sulong,
Setiausaha Hari Keluarga HALUANSiswa Mesir (FDH)