fbpx

Jom rebut peluang ke SINAR !!!

Jom rebut peluang ke SINAR !!!

Jom rebut peluang ke SINAR !!!

KOTA BHARU, 20 Jan 2016 — Seminar Dinamika Dakwah (SINAR) merupakan satu inisiatif baru yang perlu disertai muslimin dan muslimat terutama di pantai timur semenanjung demi memberanikan diri untuk bercerita tentang Islam khususnya kepada kelompok bukan Islam.

Adakah anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perbandingan agama-agama, sejarah perkembangan agama Kristian, aliran atheism dan sebagainya? Bagaimana pula untuk berhujah dengan jelas dan nyata tanpa beremosi?

Inilah peluang terbaik untuk kita semua hadir dan manfaatkan. SINAR akan diterajui oleh empat orang yang pakar dalam bidang mereka masing-masing iaitu Bro Lim Jooi Soon, Bro Amin Yaacob, Bro Johan Edasiar dan Encik Johari Yap. Beberapa kertas kerja akan dibentangkan selain sesi interaktif dengan para peserta. Jarang sekali seminar ini dilaksanakan secara penuh dua hari di zon pantai timur. Rebutlah peluang ini.

Berikut merupakan butiran seminar:
Tarikh: 5 & 6 Februari 2016, Jumaat & Sabtu
Tempat: Dewan Utama, Kolej Teknologi Darulnaim, Kelantan
Yuran: RM15 (Pelajar) & RM30 (Awam)

Pendaftaran online:
http://goo.gl/forms/RkzrlQmf7t

Boleh juga like facebook kami di:
https://www.facebook.com/SeminarDinamikaDakwah/?pnref=story

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
017-4776005 (Aliff) / 013-9307076 (Siti Syafiqah)

SINAR adalah usahasama Kelab Intellectual of Kuis Haura’ and Ar Rijal (ITHAR) KTD dengan Kelab HALUAN Fitrah Kelantan dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) Kelantan. Kami menjemput peserta daripada pelbagai NGO, persatuan, institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan dan swasta, serta orang awam untuk menghadirinya.


Laporan Encik Abdul Halim Rubani, Kelab HALUAN Fitrah Kelantan