fbpx

Pelbagai Pihak Sumbang Untuk Gempa Aceh

Pelbagai Pihak Sumbang Untuk Gempa Aceh

Pelbagai Pihak Sumbang Untuk Gempa Aceh

PULAU PINANG, 29 Jan 2017 — Kutipan derma untuk Tabung Misi Kemanusiaan Gempabumi Aceh bukan hanya tertumpu di masjid dan surau malahan pihak swasta dan agensi kerajaan turut menyumbang kepada tabung ini.

Pada 18 Januari lepas, YDP HALUAN Cawangan Pulau Pinang, Encik Che Ani Hashim telah menerima sumbangan daripada Persatuan Pekerja-pekerja Islam Majlis Perbandaran Seberang Perai (PERMAI). Sumbangan sebanyak RM 3,109 telah disampaikan oleh Encik Abdul Rahman Abdul di Foyer Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda.

Menurut wakil Persatuan, Encik Ahmad Asrulddin Ahmad Kamaluddin, sumbangan ini adalah hasil kutipan selama sebulan daripada semua kakitangan MPSP yang sentiasa peka dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan.

Pihak urusetia MKGA bagi pihak HALUAN mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak kakitangan MPSP atas sumbangan mereka tersebut.

Teruskan derma anda ke akaun berikut:

Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN
5622 6350 2611
Maybank

Sila email slip/resit sumbangan dengan tajuk [Aceh] ke unit.kewangan@haluan.org.my

Tel: +603 8926 8892
Fax: +603 8926 6892
Emel: info@haluan.org.my


Laporan oleh Ab Halim Khudri, AJK Biro Misi Kemanusiaan