fbpx

P.Pinang Gencar Tabung Gempabumi Aceh

P.Pinang Gencar Tabung Gempabumi Aceh

P.Pinang Gencar Tabung Gempabumi Aceh

SEBERANG PERAI, 28 Jan 2017,Relawan HALUAN telah memanfaatkan keizinan yang di berikan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang untuk menjalankan kutipan derma di beberapa buah masjid di sini untuk dana Misi Kemanusiaan Gempabumi Aceh (MKGA).

Pada 27 Januari lepas, HALUAN telah membuat kutipan di tiga lokasi di sekitar Pulau Pinang dan kutipan di Masjid Negeri Pulau Pinang telah berjaya mengumpul hampir RM3,000. Sementara di Masjid Mengkuang, Bukit Mertajam para sukarelawan telah berjaya mengutip sebanyak RM 2,236 dan RM 724 lagi di Mesjid Al Falah, Tanjung Putus.

Pihak urusetia MKGA bagi pihak HALUAN mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua relawan dan Pengerusi Qariah Masjid yang terlibat di atas bantuan dan kebenaran membuat kutipan. Kutipan derma ini akan diteruskan sehingga awal Mac ini. Dana terkumpul ini telah dan sedang digunakan untuk membantu fakir miskin di Aceh yang rumah mereka telah roboh akibat gempabumi dahsyat yang berlaku pada 7 Disember lepas pada skala 6.5 Richter.

Teruskan derma anda ke akaun berikut:

Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN
5622 6350 2611
Maybank

Sila email slip/resit sumbangan dengan tajuk [Aceh] ke unit.kewangan@haluan.org.my

Tel: +603 8926 8892
Fax: +603 8926 6892
Emel: info@haluan.org.my


Laporan oleh Ab Halim Khudri, AJK Biro Misi Kemanusiaan