fbpx

RISE Mulai Sesi Latihan Dakwah Rentas Agama

RISE Mulai Sesi Latihan Dakwah Rentas Agama

RISE Mulai Sesi Latihan Dakwah Rentas Agama

PARIT BUNTAR, 16 Mac 2017 — Reverts and Islam Information Centre (RISE) zon utara di sini telah mengadakan Sesi Khas Latihan Rentas Agama yang bertajuk Soft Skil Dakwah Rentas Agama dan bagaimana memulai Dakwah to Not Yet Muslims (DTNYM). Ianya diadakan khas untuk melatih ahli-ahli dan juga relawan Kelab HALUAN Fitrah (KHF) di zon utara.

Latihan ini telah di adakan di kelas RISE Parit Buntar bermula dari jam 8.30 hingga 11.45 malam dan telah di hadiri seramai lapan orang peserta sahaja kerana bertembungnya beberapa program serentak oleh HALUAN di Perak utara. Latihan dikendalikan oleh Encik Yusman Nawazir selaku Penasihat KHF Pusat.

Sebelum daripada itu dalam ucapan aluannya, pengerusi KHF Dr.Jamaludin James Laeng Abdullah telah memberikan pandangan dan juga hala tuju KHF serta tanggungjawab golongan pendakwah kepada mereka yang berhajat kepada Islam.

Sesi latihan ini mungkin akan diadakan secara bersiri kerana kebanyakan peserta yang hadir pada malam itu sungguh berminat dan merasakan yang kerja DTNYM ini suatu kefardhuan bagi setiap diri muslim yang telah memahami jalan yang di bawa oleh Rasulullah SAW.

Program tamat pada pukul 11.45mlm selepas sesi soal jawab di antara peserta dengan penceramah.

RISE sekali lagi telah menganjurkan sesi khas latihan rentas agama fasa 11 pada 22 Mac lepas sepertimana yang telah di minta oleh ahli-ahli KHF sebelumnya. Seramai 12 orang telah hadir untuk mendengar penyampaian tentang Agama Hindu oleh Encik Ubaidillah Anuar selaku setiausaha RISE.

Program diteruskan dengan pandangan dan nasihat oleh Pof Datuk Dr. Ahmad Yusof Hassan selaku penggiat dakwah berkenaan tugas dan tanggungjawab kepada Allah SWT. Ini diikuti oleh Dr Jamaludin James dengan perkongsian beberapa persoalan asas yang timbul dalam suasana masyarakat dengan aliran atau pandangan mazhab-mazhab dan perkara-perkara remeh-temeh yang berlaku yang boleh menakutkan golongan NYMs kepada Islam.


Laporan Ubaidillah Anuar, Setiausaha RISE Parit Buntar