fbpx

Jom Daftar iJDK 2017!

Jom Daftar iJDK 2017!

Jom Daftar iJDK 2017!


BANDAR BARU BANGI, 1 Nov 2017 – Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja (iJDK) kembali bertamu. Kini dengan wajah, jenama, pendekatan dan pengalaman yang serba baharu. Bertemakan ‘Interaksi Alam, Kenali Masyarakat dan Tingkatkan Kemahiran Diri Seiring Teknologi’, kem kesukarelawanan remaja khas untuk lepasan SPM/STPM kali ini lain dari yang lain. JDK kini berwajah baru dan dikenali sebagai i-JDK.


i-JDK yang akan berlangsung selama sembilan hari dari 9–17 Disember akan berjalan secara serentak di empat zon seluruh negara dengan slot-slot baru yang lebih menarik. Terbaik adalah yurannya tetap kekal RM550 untuk seorang peserta sejak tahun 2009 lagi:

Zon Tengah
Nur Bukit Unggul Eco Resort,
Lot 8233, Jalan Sentosa, Jederam Hilir, Bukit Unggul,
43000 Sepang, Selangor.

Zon Utara
Batu Ampar Resort,
Kampung Paya Lintah, 33007 Padang Rengas,
Kuala Kangsar, Perak.

Zon Timur
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,
22200 Besut, Terengganu.

Zon Borneo (6-12 Disember)
Bakal diumumkan.

Untuk itu, HALUAN menggesa semua bakal lepasan peperiksaan SPM/STPM nanti untuk cepat daftar dan sertai kem serba menarik ini. Inilah peluang keemasan terbaik untuk setiap peserta bersiap sedia untuk melangkah masuk ke menara gading. Jika sudah teruja, terus daftar di pautan ini: http://i-jdk.haluan.org.my

Di dalam dunia tanpa sempadan hari ini, elemen jati diri atau survival menjadi teras kepada semua manusia. Jika jati dirinya kukuh, maka kemampuan seseorang individu dalam menghadapi cabaran akan lebih lestari, mampu hadapinya secara tenang dan sistematik. Kekentalan ini sebenarnya lahir daripada asas yang terbentuk di setiap peralihan zaman setiap individu. Soalnya – apakah persediaan yang dibuat sebelum anda melangkah masuk ke IPT? Tiada?

Asas pengukuhan iman dan amal yang kemudiannya mencorak nilai ketaqwaan penting bagi individu muslim. Begitu juga dengan rakan-rakan not yet muslims kita, sentuhan kejiwaan yang diserap daripada nilai murni kekeluargaan di rumah itulah yang akan mencorak ketahanan diri remaja khususnya bila sudah berjauhan.

Aspek kesukarelawanan adalah nilai tambah yang paling berharga bagi bakal mahasiswa hari ini. Ini kerana, dengan jiwa kesukarelawananlah sifat suka membantu, prihatin, cakna, menyebarkan bakti dan mengungguli akhlak yang cemerlang dapat dijiwai dalam kehidupan. Zaman sekarang, makin ramai majikan mengeluh kerana ciri-ciri tersebut sukar dicari di kalangan bakal pekerja mereka. Kita tidak mampu untuk mengenepikan keperluan kepada ciri-ciri kesukarelawanan dalam diri para remaja khasnya. Dunia hari ini penuh dengan krisis yang perlu dibantu dan diuruskan oleh para sukarelawan. HALUAN antara yang terkehadapan.

i-JDK akan memperkukuhkan elemen jati diri & kesukarelawanan dengan tambahan aktiviti interaksi alam, aktiviti kemasyarakatan serta penggunaan telefon pintar yang lebih bermakna. Kami meminta semua peserta membawa telefon mereka kerana ada aktiviti yang memerlukan input dan koloborasi teknologi yang pantas. Berikut adalah modul yang bakal dilalui oleh para peserta :

Kandungan Kursus

  • Modul Anjakan Paradigma
  • Modul Kemantapan Kendiri dan Profesional
  • Modul Kemahiran Kepimpinan Kemasyarakatan
  • Modul Dakwah Outreach
  • Modul Kemahiran Khidmat Masyarakat
  • Modul Asas Kewanitaan
  • Modul Kecergasan Fizikal dan Rekreasi
  • Modul Baitul Muslim
  • Modul Kolej Teknologi Darulnaim & IPTIPS

Menurut Pengarah i-JDK, Prof. Madya Dr. Engr Solehuddin Shuib, “i-JDK ini dirancang agar para peserta dapat menggunakan kemudahan peranti pintar mereka sebaik mungkin untuk manfaat jati diri dan membentuk pecutan kesukarelawanan dalam diri.” Para peserta juga akan melalui pelbagai aktiviti yang melibatkan kemasyarakatan, Latihan Dalam Kelas (LDK) serta kemahiran berinteraksi dalam kumpulan dan individu serta berani memimpin.

Kepada ibubapa, kami sarankan hantarlah anak anda ke kem penuh bermakna ini. Model HALUAN yang merupakan kursus perintis sejak tahun 2009 ini telah berjaya melahirkan ramai graduan serta intelek yang bermutu tinggi baik dari segi kemampuan profesional mahupun integriti. Memang terbukti.

Sasaran kami selaku NGO berdaftar yang aktif mendidik masyarakat ke arah kebaikan adalah menghasilkan mahasiswa dan mahasiswi yang berketerampilan dan tinggi iman mereka. Juga agar mereka mampu membawa jati diri dan semangat kesukarelawanan di dalam diri sesuai dengan keperluan peradaban manusia dan cakna dengan isu-isu kemanusiaan di sekeliling mereka.

Jangan tunggu lagi. Tempat di setiap zon adalah terhad.

Daftar segera secara online di: http://i-jdk.haluan.org.my


Laporan mediaHALUAN