fbpx

Wanita Arab Teruja Belajar Bahasa Melayu Penulisan Jawi

Wanita Arab Teruja Belajar Bahasa Melayu Penulisan Jawi

Wanita Arab Teruja Belajar Bahasa Melayu Penulisan Jawi

KAJANG, 25 Jan 2024 — Kelas belajar Bahasa Melayu anjuran Refugee Community Educare Center (RCEC) yang diadakan di Almanahil School di Jalan Saga di sini terus mendapat sambutan hangat daripada warga luar.

Para pelajar daripada kalangan wanita Arab Palestin, Syria dan Yaman semakin teruja dan bersemangat apabila guru mereka mula menggunakan kaedah ejaan jawi bagi memudahkan mereka mengeja dan menyebut perkataan.

RCEC merupakan usaha HALUAN dalam membantu pelarian atau diaspora luar mempelajari bahasa, budaya dan tata susila masyarakat Malaysia, agar mereka dapat beradaptasi dengan sebaiknya. Hanya melalui proses pendidikan mereka dapat menghayati dan menghormati norma serta toleransi hidup masyarakat tempatan yang berbilang bangsa, budaya dan agama.

Sekitar 40 pelajar wanita dan puteri menyertai modul program ini, yang bermula sejak minggu lalu. Kepelbagaian latar belakang peserta yang berumur antara 13 hingga 58 tahun sangat menyerikan suasana belajar. Kali ini, mereka begitu teruja apabila dapat menyebut nama bahan-bahan masakan dalam bahasa Melayu.

HALUAN juga telah membuka pendaftaran bagi pemuda Palestin menyertai kelas Bahasa Melayu khusus untuk pelajar lelaki yang akan bermula pada minggu hadapan.

—-

Laporan Mohd Jamil Muda

Pengarah Program Kelas Bahasa Melayu, RCEC