fbpx

Tentera Zionis Tangkap Pelajar Wanita

Tentera Zionis Tangkap Pelajar Wanita

Tentera Zionis Tangkap Pelajar Wanita

AL-KHALIL, 18 April 2012 — Tentera pengganas Zionis Yahudi telah menangkap seorang pelajar wanita, Islam Hassan Al-Bashiti, dari rumah keluarganya di kampung Ola Beit di barat Al-Khalil.

Menurut laporan The Palestinian Information Center (PIC,) sumber-sumber tempatan memberitahu bahawa askar-askar tersebut telah masuk menggeledah rumah keluarga Al-Bashiti di awal pagi sebelum menggari dan menutup mata beliau dan seterusnya dibawa menaiki jip tentera sambil diancam dengan senjata.

Islam Hassan Al-Bashiti, 22 tahun, merupakan pelajar Teknologi Maklumat di Politeknik Palestin. Tahun lepas, beliau telah berjaya dengan kepujian dan kini sedang menduduki peperiksaan tahun akhir.