Sumbangan Untuk Bekas Pelajar Masuk ke IPT
BANDAR BARU BANGI, 21 Ogos 2023 – Kebajikan dan keprihatinan terhadap anak yatim dan miskin adalah tuntutan Islam yang penting sehinggakan Allah SWT menggolongkan mereka yang mengherdik golongan sebegini sebagai pendusta agama.
Asrama HALUAN Penyayang (AHP) merupakan sebuah pusat jagaan anak-anak yatim dan miskin yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) sejak tahun 2006.
HALUAN melalui AHP komited dalam menawarkan program perlindungan, pengasuhan dan pendidikan kepada anak-anak yatim dan miskin secara percuma. Semua perbelanjaan termasuk duit poket ditanggung oleh NGO ini, hasil derma daripada orang ramai dan golongan koporat. Anak-anak yang diterima masuk terdiri daripada umur darjah tiga hingga tingkatan lima. Selepas itu, mereka akan diserahkan kembali kepada waris mereka untuk menentukan halatuju masing-masing setelah mendapat pendidikan holistik akademik dan keagamaan daripada HALUAN.
Untuk tahun ini dan seterusnya, HALUAN telah melaksanakan pemberian tunai “one-off”sebanyak RM500.00 untuk bekas penghuni AHP yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT di dalam dan luar negara.
Menurut Mudir AHP, Ustaz Abdul Manas Hussain, untuk tahun ini seramai lima orang bekas penghuni Asrama AHP telah menerima sumbangan tersebut. Mereka telah diterima belajar di Kolej Teknologi Darul Naim, UNISZA dan Kolej Komuniti.
Anda pembaca artikel ini boleh turut berkongsi pahala dengan usaha pendidikan kami ini. Dermalah seikhlas hati untuk membantu kami melaksanakan projek menyantuni anak-anak yatim dan miskin.
Sumbangan wang tajaan secara tetap (bulanan/tahunan)
Nama Akaun: Tetuan Tabung Anak Yatim dan Miskin HALUAN Penyayang
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
No Akaun: 1203 8010 0810 98
Hubungi Asrama HALUAN Penyayang (AHP). Kami mengalu-alukan pandangan, cadangan, nasihat, pertanyaan dan juga sumbangan. Boleh hubungi kami seperti senarai di bawah.
Ketua Biro Kebajikan HALUAN, Encik Abdul Halim Khudri – Tel: 019-4644 357
Pengurus AHP, Mohd Nasaruddin Abdul Manaf – Tel: 019-5592 042
Mudir AHP, Ustaz Abdul Manas Hussein – Tel: 019-2621 213 – Setiausaha Kerja, Encik Shahril Ramli Tel: 013-3984 550
Laporan Biro Kebajikan
HALUAN