fbpx

Sumbangan Bermakna Buat Rakyat Palestin Oleh Masjid Muhammadiah Ipoh

Sumbangan Bermakna Buat Rakyat Palestin Oleh Masjid Muhammadiah Ipoh

Sumbangan Bermakna Buat Rakyat Palestin Oleh Masjid Muhammadiah Ipoh

IPOH, 24 Mac 2024 – Masjid Muhammadiah atau lebih dikenali sebagai Masjid Cina di sini telah menyumbangkan dana yang besar melebihi RM20,000 kepada Tabung Kecemasan Gaza yang dikendalikan oleh HALUAN.

Masjid berkenaan telah bersungguh-sungguh dalam menghidupkan perjuangan pembebasan Masjid Al-Aqsa dan Palestin dengan mengadakan kuliah-kuliah mengenai Palestin setiap bulan sejak Oktober 2023. Kuliah-kuliah berkaitan Masjid Al-Aqsa dan Palestin perlu diteruskan agar isu pembebasan masjid suci dan bumi barakah itu daripada cengkaman kezaliman dan penjajahan Zionis dan sekutunya tidak luput daripada minda dan hati umat Islam yang menyayangi keamanan dan keadilan.

Semestinya setiap masjid di Malaysia perlu mengikut jejak langkah usaha dan inisiatif Masjid Cina Ipoh ini dalam menyebarkan ilmu dan kesedaran tentang perjuangan Islam bagi membebaskan tanah suci umat Islam itu.

Satu upacara penyampaian cenderahati daripada Biro HALUAN Palestin kepada Pengerusi Masjid Cina Ipoh, Datuk Dr. Fadzli Cheah, yang juga Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Perak telah diadakan di perkarangan pejabat masjid berkenaan hari ini.

Biro HALUAN Palestin ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada usaha Masjid Cina dalam memperjuangkan isu pembebasan Masjid Al-Aqsa.

Anda juga boleh bersama membantu membebaskan masjid dan bumi Palestin dengan menderma secara dalam talian melalui capaian berikut:
https://www.haluan.org.my/donations/gaza-emergency-appeal-2023/


Laporan Shairazi Sharizan
Setiausaha Kerja Kemanusiaan dan Palestin