fbpx

Program Back2School Bantu Pelajar B40 dan Anak Ibu Tunggal

Program Back2School Bantu Pelajar B40 dan Anak Ibu Tunggal

Program Back2School Bantu Pelajar B40 dan Anak Ibu Tunggal

KOTA BHARU, 18 Mac 2024 – Hampir 30 pelajar menerima manfaat kemudahan persekolahan dalam majlis penyampaian sumbangan melalui Program Back2School yang telah diadakan di Sekolah Rendah Ugama (SeRU) Al-Hilal, di sini semalam.

Program Back2School anjuran HALUAN dan Yayasan MATRI itu bertujuan meringankan beban keluarga pelajar daripada golongan B40 serta anak-anak kepada ibu tunggal. Projek ini juga telah mendapat Tajaan Perak daripada Syarikat Telekung Rawdah.

Majlis telah dihadiri oleh Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman, serta beberapa orang pemimpin HALUAN cawangan Kelantan. Seramai 27 orang pelajar daripada golongan B40 dan 10 anak kepada ibu tunggal telah menerima sumbangan dalam bentuk peralatan sekolah, pakaian seragam, dan keperluan asas lain yang diperlukan untuk persekolahan.

Dalam ucapan aluan beliau, Dr. Abdullah Sudin menjelaskan bahawa tujuan utama Program Back2School ini adalah untuk memastikan setiap pelajar, terutama daripada golongan yang kurang berkemampuan, mempunyai peluang yang sama dalam mengakses pendidikan. “HALUAN dan Yayasan MATRI akan terus berusaha untuk membantu meringankan bebanan kewangan keluarga yang kurang berkemampuan di Malaysia,” tambah beliau lagi.

Majlis sumbangan ini telah menjadi satu langkah positif dalam memastikan kesaksamaan dalam pendidikan di negara ini. Para hadirin menyambut baik inisiatif ini dan berharap agar lebih banyak lagi program-program seumpamanya dapat diperluaskan di seluruh negara. Diharapkan sumbangan ini akan memberikan impak positif kepada pelajar-pelajar penerima bantuan, dan membantu mereka untuk berjaya dalam pelajaran dan hidup pada masa hadapan.


Laporan Nur Farhana Abdul Pata
Setiausaha Kerja 2 (Kluster Wanita dan Pembangunan Keluarga)