fbpx

50 Bakal Guru Terima Bantuan Sempena Ramadan

50 Bakal Guru Terima Bantuan Sempena Ramadan

50 Bakal Guru Terima Bantuan Sempena Ramadan

SEREMBAN, 23 Mac 2024 – Dewan Gymnasium Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) di sini menjadi tempat pelaksanaan Program FreeMarket dan Sumbangan Asnaf Siswa Pendidik semalam.

Program ini bertujuan memperkenalkan HALUAN di IPGKRM dengan berkolaborasi dalam aktiviti bersama alumni dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGKRM, serta memberikan sumbangan kuih raya dan wang tunai sempena bulan Ramadan.

Majlis dirasmikan oleh Pengarah Kampus, Encik Mohamad Zaidi Ishak. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKRM, Puan Hartini Pungut, serta jemputan VIP daripada kalangan Alumni IPGKRM, antaranya Datin Musalmah Salleh dan Puan Darinda Asari yang turut memberi sokongan kepada program ini.

Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran wakil-wakil HALUAN dari Negeri Sembilan, termasuk NYDP6 HALUAN Negeri Sembilan dan bekas pensyarah kampus berkenaan, Puan Umi Nadzrah Ali Othman; Ketua Biro Pembangunan Keluarga, Dr. Laila Abd Jalil; dan Ketua Biro Pendidikan, Puan Noraini Osman.

Antara aktiviti utama program adalah FreeMarket di mana pakaian percuma disediakan untuk dimanfaatkan tanpa pembaziran. Selain itu, sumbangan kuih raya dan sejumlah wang tunai juga turut diberikan kepada 50 orang siswa IPGKRM yang memerlukan bantuan.

Program ini tidak hanya memberi manfaat kepada penerima bantuan tetapi juga memupuk semangat kebersamaan dan kasih sayang di kalangan komuniti IPGKRM. Diharapkan usaha sebegini dapat terus dilaksanakan dalam menyokong keperluan masyarakat pendidikan yang memerlukan sokongan dan bantuan.


Laporan Nur Farhana Abdul Pata
Setiausaha Kerja 3 HALUAN Malaysia